no comments

PANDUAN MENULIS TESIS DENGAN CEPAT DAN EFISYEN

 

Perkataan “tesis” merujuk kepada penulisan ilmiah yang dikemukakan bagi penganugerahan ijazah doktor falsafah dan ijazah sarjana secara penyelidikan. Perkataan “tesis” juga digunakan secara umum untuk penulisan ilmiah laporan projek sarjana, disertasi penyelidikan dan projek sarjana muda iaitu dokumen penulisan ilmiah yang
dikemukakan sebagai sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah sarjana melalui kerja kursus, mod campuran dan pengijazahan sarjana muda.

Dalam penulisan tesis, ramai pelajar yang buntu untuk memulakan tesis disebabkan tiada panduan yang selengkapnya untuk memudahkan mereka. Jadi disini terdapat panduan yang boleh digunakan untuk membantu pelajar dalam menghasilkan tesis dengan cepat dan efisyen.

1.Document Map / Navigation Pane

Menguasai kemahiran menulis dengan cepat dan efisyen menggunakan aplikasi Document Map (MS Word versi 2007 dan terawal) atau Navigation Pane (MS Word versi 2010 dan 2013) adalah satu kemestian. Apabila menguasai Document Map / Navigation Pane, ianya membolehkan pelajar menggunakan teknik One File One Thesis (OFOT), Copy-Paste-Rephrase (CPR), Write and Cite While You Read (WCWUR) dan juga Do It Right Do It Once (DIRDIO). Teknik-teknik ini menjadikan kerja penulisan dan pengeditan tesis sangat cepat, mudah dan teratur. Kemahiran ini termasuklah menggunakan perisian Reference Manager seperti Mendeley untuk terus menulis petikan (citation) dan bibliografi (bibliography) dalam cadangan kajian / tesis.

2.Artikel Rintis Dan Teknik Penghibridan

Selepas menguasai teknik Document Map / Navigation Pane, mulakan langkah kedua menggunakan artikel rintis (pilot article) bagi memudahkan pencarian jurang penyelidikan (research gap).

Artikel rintis adalah beberapa artikel yang paling hampir dengan kajian yang pelajar bercadang untuk lakukan. Bahagian rujukan artikel-artikel ini membolehkan pelajar melakukan pencarian artikel lain secara bola salji (snowballing) dalam bidang yang sama.

3.Teknik Foresee

Teknik foresee (ramalan) memerlukan pelajar membuat jadual merentas bab. Jadual dimulakan dengan persoalan kajian, diikuti dengan strategi mendapatkan skor dan instrumen yang digunakan. Pelajar perlu menentukan pembolehubah dan skala yang digunakan. Akhir sekali, pelajar perlu memastikan teknik yang sesuai.

4.Teknik ROT

Setelah mula menulis dan membaca, barulah pelajar akan mendapat idea yang lebih jelas. Jadi langkah seterusnya adalah untuk membina kerangka kerja (research framework). Ramai siswazah tahu membina kerangka konseptual atau teoretikal, tetapi tidak tahu membina kerangka kerja yang merupakan kerangka yang lebih penting.

Research framework boleh dibina dengan menggunakan template Research Operational Template (ROT). Template ini hanya memerlukan satu muka surat sahaja.

5.Zero Draft Of Thesis

Membaca dan menulis petikan daripada artikel-artikel yang telah dikumpulkan melalui Mendeley amat mudah dilakukan dalam Zero Draft of Thesis (ZDOT) kerana penulisan boleh dilakukan serentak untuk semua bab. Ini kerana asas penulisan penyelidikan bukanlah menunggu siap satu bab dan kemudian barulah menulis bab seterusnya.

Maksudnya disini, dengan ZDOT , pelajar boleh menyiapkan 3 bab bagi cadangan penyelidikan serentak, dapat hasikan manuskrip dengan cepat lagi efisyen, malah mengikut kronologi dan aliran yang betul.

6.Tentukan Matlamat

Matlamat (target) wajib ada dalam penulisan ! Bagi pelajar sarjana misalnya, peruntukan masa diberi selama 3 tahun atau 6 semester. Oleh itu, proposal perlu dibentangkan selewat-lewatnya dalam tempoh dua semester terawal (setahun). Ini diikuti dengan menjalankan kajian, pengumpulan data dalam dua semester berikutnya (dua tahun) dan disertai dengan dua semester terakhir untuk analisis data, penulisan dan pemantapan tesis.

Namun, jika teknik-teknik diatas digunakan, kerja-kerja penulisan boleh dimulakan jauh lebih awal dengan cepat dan efisyen.

7.Ubah diri anda , bukan supervisor

Setiap penyelia ada cara penyeliaan mereka tersendiri. Oleh kerana anda tidak boleh mengubah cara penyeliaan penyelia anda, maka andalah yang mesti berubah.

JANGAN TUNGGU PENYELIA ANDA 

Perlu bergerak pantas tanpa menunggu penyelia. Zaman sekarang tidak sama seperti zaman dahulu. Kini segalanya dihujung jari. Jadi, anda perlu bergerak pantas, membaca, mencari artikel, menulis dan menguasai kajian anda tanpa perlu menunggu kajian anda.

 

 

Pesan saya, mulalah merancang untuk penulisan tesis anda. Semoga bermanfaat segala panduan yang diberikan diatas 🙂

 

Sumber : DR Othman Talib

 

 

 

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL