no comments

PANDUAN MENULIS JURNAL REFLEKTIF.

Pengenalan
Jurnal reflektif adalah log pembelajaran kendiri yang bertujuan merekod pembelajaran
yang anda lalui. Di dalamnya anda dikehendaki merekod dan berfikir secara reflektif
tentang apa yang anda perhatikan dan situasi yang anda lalui. Ini boleh digunakan
untuk meneliti pemikiran dan idea yang anda gunakan di dalam konteks tertentu. Jurnal
sebegini biasanya mengandungi tulisan, imej, lakaran dan berbagai lagi bahan rujukan.
Tujuan
Jurnal reflektif membolehkan anda meneliti pengalaman dan pembelajaran yang anda
lalui dalam pelbagai cara.
Ini berguna kerana:
• Anda boleh merekod perkembangan idea dan pendapat anda dan/atau
kumpulan anda di dalam kontek/situasi tertentu. Ini termasuk juga teori, teknik,
pendekatan dan falsafah yang anda dan kumpulan anda gunakan di dalam
situasi itu.
• Menggunakan jurnal ini anda boleh melihat semula (refleksi) bahan dan
pengalaman yang direkod untuk memperluaskan dan mendalamkan kefahaman
anda.
• Anda boleh menggunakan jurnal ini sebagai asas pembelajaran dan pembinaan
kendiri.
Untuk membolehkan jurnal reflektif ini memperkayakan pengalaman pembelajaran
anda, anda perlu menggunakannya sebagai bahan dan asas untuk berfikir secara
reflektif tentang:
• Perbuatan yang anda lakukan apabila berhadapan dengan sesuatu situasi
• Apa yang berlaku
• Kenapa ia berlaku
• Apa yang anda boleh pelajari dari setiap pengalaman tertentu.

Panduan menyediakan satu laporan.
1) Pilih satu peristiwa yang berlaku / anda lalui dan tanya diri anda soalan-soalan
berikut:
a) Deskriptif – apa yang berlaku?
b) Emotif – apa yang anda rasa pada masa itu?
c) Kognitif – apa yang anda fikir pada masa itu?
d) Evaluatif – apakah pengalaman itu baik atau buruk? Kenapa?
e) Analisis – Apa yang dapat anda fahami dari peristiwa itu?
f) Konklusi – apa yang telah anda lakukan dan apa pilihan lain yang terbuka
kepada anda?

Panduan menggunakan formula D.I.E.P
1) D – Describe. Gambarkan secara objektif apa yang berlaku. Anda boleh tanya diri
anda:
a) “Apa yang aku lakukan, baca, lihat, dengar, dan lain lain?
2) I – Interpret. Terangkan apa yang anda fahami dari peristiwa itu.
a) Terangkan apa yang anda lihat, baca, dengar, buat.
b) Pendapat anda / akal yang anda dapat.
c) Kaitan pengalaman itu dengan pengalaman lain
d) Hipotesis / konklusi anda
e) “Apa sebenarnya yang berlaku?”

3) E – Evaluate. Secara objektif catatkan.
a) Penilaian anda terhadap peristiwa / pengalaman itu.
b) Pendapat anda tentang peristiwa / pengalaman itu.
4) P – Plan. Berdasarkan informasi di atas:
a) Apa cadangan yang anda boleh buat kepada diri anda di masa hadapan atau
orang lain?
b) Apa yang anda dan orang lain boleh pelajari dari pengalaman anda?
c) Bagaimanakah pengalaman ini akan mengubah anda dimasa hadapan?

sumber : epic.oum

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL