no comments

Padiaa Konstruk Reflektif? Konstruk Formatif ? Konstruk Aras Kedua? Hampa daq tahu, mari ceq terangkan..

Selain daripada pembolehubah, terdapat beberapa jenis konstruk yang terlibat dalam SEM. Antara jenis konstruk yang perlu diketahui oleh para penyelidik ialah Konstruk Reflektif ( Reflective Construct ), Konstruk Formatif ( Formative Construct ), dan Konstruk Aras Kedua ( Second Order Consrtruct )

Konstruk Reflektif

Seperti namanya, pengaruh konstruk ini ” mencerminkan ” pada item responsnya. Oleh itu, anak panah satu hala menghala keluar dari  konstruk kepada itemnya. Konstruk ini diukur dengan menggunakan beberapa item dalam soal selidik. Pada kebiasaannya , penyelidik menggunakan Konstruk Reflektif dalam model berstruktur. Antara contoh – contoh Konstruk Reflektif ialah :

  1. Persepsi Kualiti ( Perceived Quality ) terhadap sesuatu perkhidmatan – konstruk ini diukur dengan menggunakan beberapa item dalam soal selidik.
  2. Persepsi Kegunaan ( Perceived Usefulness ) terhadap sesuatu produk – diukur dengan menggunakan beberapa item dalam soal selidik.
  3. Pengetahuan Pekerja ( Employee Knowledge ) – pengetahuan yang diperolehi daripada menjalani program latihan tertentu.
  4. Kemahiran Pekerja ( Employee Skill ) – kemahiran yang diperolehi pekerja selepas menjalani program latihan tertentu.
  5. Sikap Pekerja ( Employee Attitude ) – sikap pekerja terhadap tugas selepas menjalankan program latihan tertentu.Konstruk Formatif

Konstruk Formatif adalah konstruk yang “dibentuk” oleh beberapa pembolehubah tertentu. Pembolehubah yang membentuk konstruk formatif adalah diukur secara langsung, oleh itu tiada ralat pengukuran diperlukan.

Antara contoh konstruktif formatif ialah :

  1. Status-Sosio-Ekonomi (Socio-Economic-Status) responden yang dibentuk oleh tiga pembolehubah iaitu Pendidikan (Education), Pekerjaan (Occupation), dan Pendapatan (Income).
  2. Prestasi Akademik Pelajar ( Students Academic Perfomance ) yang dibentuk oleh tiga penilaian yang dibuat iaitu Penilaian Individu ( Individual Assessment ) , Penilaian Kumpulan ( Group Assessment ) dan Peperiksaan Akhir ( Final Exam ).
  3. Prestasi Syarikat ( Company Performance ) yang dibentuk oleh tiga pengukuran iaitu Pulangan Pelaburan (Return on Investment, ROI), Pulangan Aset (Return 0f Assets, ROA) dan Pulangan atas Ekuiti (Return on Equity, ROE)Konstruk Aras Kedua

Konstruk Aras Kedua (Second Order Construct) adalah konstruk yang dibentuk daripada beberapa sub-konstruk hasil daripada prosedur Analisa Penerokaan Faktor (Exploratory Factor Analysis, EFA)

Konstruk Aras Kedua : Kualiti Perkhidmatan Pelanggan

Mengikut literatur , terdapat sebanyak 22 item yang dibina untuk mengukur konstruk Kualiti Perkhidmatan. Setelah kajian rintis (pilot study) dan prosedur EFA dijalankan (sampel minimum 100), terdapat lima komponen yang terbentuk. Penyelidik menamakan komponen ini mengikut tema item yang berada di dalam setiap komponen iaitu Reliability,  Tangibility, Responsiveness, Empathy, dan Assurance.

Untuk memodelkan konstruk aras kedua, penyelidik melukis konstruk utama (Patient Service Quality) terlebih dahulu, diikuti oleh komponen-komponen. Kemudian item dimasukkan ke dalam komponen masing – masing. Anak panah dilukis bermula dari konstruk utama menuju kepada setiap komponen. Disebabkan setiap komponen sekarang terdapat anak panah menghala masuk (arrow-in) maka satu ralat pengukuran perlu diletakkan. Salah satu anak panah dari konstruk aras kedua kepada komponen mesti dilakukan parameter “1” sebagai poin rujukan.

SUMBER : Zainudin Awang

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL