no comments

Nak buat MIXED-METHOD fahami ini dulu. Jgn sampai salah faham !

Secara umum ada 2 pembahagian asas m-m yang perlu difahami iaitu.

1. Parallel: Kajian yang dirancang supaya pengumpulan data berjalan serentak (parallel atau concurrent). Contohnya soal selidik di edarkan dan dalam masa yang sama interview juga dijalankan dgn kelompok terpilih dari sample. Atau soal selidik diedar mengandungi closed dan opened ended items yang saling lengkap melengkapi. Selepas dapatan dikumpul, tugas seterusnya adalah membuat meta-interpretation, iaitu mensintesis dapatan qualitative yang congruent dengan data quantitative. Ini bermakna, item dalam soal selidik dan soalan interview mestilah dirancang supaya saling melengkapi.

2. Sequential: Kajian dirancang supaya kedua2 approach saling berturutan dgn tujuan, approach pertama menjadi asas kepada approach kedua. Misalnya, interview dijalankan bagi terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat, konsep, indicator, isu dll yang akan digunakan dalam pembinaan soal selidik atau pun sebaliknya. Dapatan approach kedua adalah bertujuan membekalkan penjelasan lanjut atau menjelaskan apa2 yang tak dapat dijelaskan oleh approach sebelumnya dalam kajian tersebut. Ingat semua ini dirancang dari awal….dengan teliti supaya dapatan yang diperolehi boleh dikombinasikan bagi menghasilakn penjelasan yang lebih mantop. Contohnya dari data quantitative anda boleh buat inference atau generalization tapi tak dapat capture informasi yang lebih detail… begitu juga anda dapat sesuatu yang detail tapi tak leh buat generalization.

Jadi m-m ni kira memantap sambil meningkatkan validity dapatan dan sekaligus bertindak macam triangulasi data juga lah.

Jadi m-m ni bukan sekadar ada data qualitative ataupun quatitative tetapi yang penting procedure kajian dirancang awal2 supaya dapatan m-m ni dapat dikombinasikan. Bukan itu sahaja, m-m method ini memberi ruang kepada anda duplicate kajian lepas yang masih releven dan signifikan tetapi hanya menggunakan mono-method utk di up-grade atau buat modification dgn mengkaji isu yang sama tapi dgn m-m pulak.

Ini kerana byk kajian lepas purely quan atau qual menyebabkan discussion menjadi terbatas. Tapi anda mesti awal2 lagi plan utk dapatkan theory yang gabungkan kedua2 quan-qual ini. Jika anda dapat jalankan dgn baik, dapatan kajian akan lebih mendalam dan meluas disamping anda sendiri dapat menguasai kedua2 quan-qual approaches….

Sumber: Dr Othman Talib
Dari: Team MPWS

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL