no comments

METODOLOGI: PENDEKATAN KUANTITATIF

Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan.

Dalam kajian ini, untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang persepsi guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan kekerapan, peratus dan min daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik yang diserahkan kepada sampel kajian.

Manakala untuk menjelaskan pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan ujian statistik analisis regresi linear berganda. Ujian ini untuk memperoleh keputusan tentang pengaruh pemerkasaan guru dalam enam dimensi secara bersama-sama dan pengaruh masing-masing dimensi pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Kajian ini adalah penyelidikan inferensi dan skor data yang diperoleh telah ditransformasi daripada skala ordinal (skala Likert) kepada skala selang, sehingga analisis regresi linear berganda ialah alat ujian yang sesuai.

Namun untuk menguji kesesuaian alat yang digunakan, terlebih dahulu dilakukan ujian andaian klasik yang terdiri daripada lima hal, iaitu normaliti,multikolineariti, autokorelasi, heteroskedastisiti, dan lineariti. Sedangkan untuk menguji hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi yang datanya berupa skala selang, maka digunakan ujian korelasi Pearson.

Kaedah Kuantitatif

1) Penyelidikan Tinjauan

Penyelidikan tinjauan adalah untuk mengumpul maklumat dengan bertanya satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih dari satu populasi yang hendak dikaji. Persoalan dalam kajian tinjauan sering kali mengenai kepercayaan, kegemaran, kesihatan, dan lain lain tingkah laku individu yang hendak diperhatikan. Topik yang diutarakan mungkin memerlukan pendapat atau sesuatu yang sensitif.

Ia juga sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan, personaliti, tingkah laku atau sikap orang awam secara meluas dari satu kelompok yang besar. Ia melibatkan pengumpulan maklumat dari responden yang ramai. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik secara langsung atau pos, bantuan elektronik, temubual langsung, temubual melalui telefon dan lain lain untuk mengumpul data. Ia digunakan untuk mendapatkan satu penjelasan yang tepat terhadap ciri yang terdapat pada individu dalam kumpulan.

Dengan yang demikian, strategi penyelidikan tinjauan adalah lebih sesuai apabila kajian bertujuan sebanyak maklumat yang diperolehi mengenai satu populasi, satu sampel atau tinjauan yang melibatkan sekumpulan elemen yang kecil. Sampel ini mestilah mempunyai ciri ciri atau sifat sifat populasi berkenaan. Ini penting supaya maklumat yang dihasilkan melalui satu sampel yang kecil boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang populasi yang dikaji

2) Persampelan

Kaedah persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan dari suatu populasi atau juzuk penuh sebagai mewakili populasi atau juzuk itu (Kerlinger,1973). Sampel dalam kaedah persampelan merupakan satu subset populasi dan sampel berupaya mewakili keseluruhan populasi. Sampel atau responden-responden yang terpilih dalam soal selidik haruslah mengikut beberapa kriteria dan juga berkaitan dengan isu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Terdapat beberapa kaedah persampelan, antaranya adalah persampelan berkebarangkalian dan persampelan tidak berkebarangkalian.Persampelan berkebarangkalian pula dibahagikan kepada sampel rawak mudah, sampel sistematik,  sampel berserta dan sampel berkelompok.  Persampelan tidak berkebarangkalian terdiri daripada sampel kuota, sampel “bola salji” dan sampel pertimbangan. Persampelan berkelompok digunakan apabila sesuatu populasi boleh dibahagikan kepada unit-unit dengan setiap unit mempunyai ciri-ciri populasi.  Selepas beberapa unit telah dipilih secara rawak, unsur-unsur dalam unit ini akan dipilih secara rawak untuk membentuk sampel berkelompok.

3) Eksperimen

Dalam eksperimen saintifik, subjek yang akan dikaji secara rawak ditetapkan sebagai satu uji kaji. Kelompok uji kaji itu menerima ‘rawatan’ dan keputusan yang diperolehi dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang tidak mendapat rawatan.

Dalam dunia sebenar, sering kali mungkin tidak menjalankan penyelidikan uji kaji yang sebenar kerana kesukaran untuk mencari kumpulan kawalan yang mudah dipadankan dengan syarat-syarat kunci pembolehubah (seperti umur, jantina, pendapatan, gred kerja, dan sebagainya).

Sebaliknya, rekabentuk separa-eksperimen digunakan oleh penyelidik. Contohnya, terpaksa mengesan kewujudan kumpulan-kumpulan daripada mengesan lukisan pada sampel-sampel yang rawak.

Sumber: madeinuitm.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL