no comments

Menulis Literatur Review dengan Kritis.

Menulis Literatur Review dengan Kritis.

Hello bro…cer ko baca satu paragraph ni…apasal Supervisor aku kata tak kritis…amender yang kritis tu bro?

La…ko tulis ” Ali (2009) menyatakan ciri-ciri multimedia... Sementara itu Siti (2007) menambah satu lagi ciri animasi dengan multimedia iaitu…. dan John (2008) memberikan satu lagi ciri hipermedia….”

Kenapa?

Tu macam meringkaskan kajian lepas jer…masing-masing dengan terminologi masing-masing… yang ko main cantum jer dalam satu paragraph…banyak ko punya ensem…kritis tu bukan macam tu…

Abis?

Ko kena analisis artikel-artikel ko tu dengan cari point yang conceptual nya sama dengan kajian ko dan bahan yang ko analisis (maksudnya yang ko ekstrak dari artikel) perlu ko sintesis atau combine dalam ayat ko sendiri, bagi idea ko sendiri dan bahasa ko sendiri…dalam konteks kajian ko…barulah kritis…

Meh aku artikel tersebut. Katakan ko analisis 5 artikel dan dapati isi berikut yang perlu ko sintesis…berkaitan dengan Literatur Review ko untuk nyatakan ciri-ciri bahan multimedia yang boleh membawa kepada kefahaman pelajar…

Ko perlu mensintesis kelima-lima isi dari petikan di atas menjadi sebahagian sorotan literatur terhadap ciri-ciri bahan multimedia yang ingin ko ingin dibangunkan supaya menyokong ke arah meningkatkan kefahaman pelajar

Mensintesis tu camner bro?

Mensintesis tu bermaksud menulis semula dengan ayat dan perkataan ko sendiri secara mencantumkan (makna sintesis) konsep2 yang sama dari artikel yang ko sintesis dan dengan cara itu juga akan menghasilkan sorotan literatur yang konsisten dan koheren dengan kajian ko sendiri dan  seterusnya membawa pembaca memahami kaitannya dengan kajian walaupun dalam konteks asal artikel, berbagai-bagai terminologi yang berlainan digunakan (perkataan bergaris) tetapi secara conceptualnya adalah sama dgn kajian ko.

Kalau ko dah analisis dan sintesis… maka artikel2 yang ko rujuk tu tidak lagi dibincangkan secara terasing lagi tetapi disintesis dalam konteks kajian ko… barulah ko dikatakan kritis dalam menulis Litratur Review…

OOO…cam tu ler pulak…

Berikut contoh ayat yang konon-kononnya ko dah sintesis sesuai dengan kajian ko yang berkaitan dengan pembinaan bahan multimedia bagi meningkatkan kefahaman  pelajar:

“Pembinaan bahan multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimedia dalam meningkatkankefahaman pelajar terus menjadi persoalan. Kajian lepas menyarankan perlunya bahan multimedia  mempunyai ciri-ciri seperti persekitaran 3D (John, 2009), interaktif (Tan, 2010), animasi (Siti, 2007) serta mengambilkira stail belajar pelajar yang pelbagai (Ali, 209). Aplikasi teori  konstruktivis pula hendaklah menjadi asas pembinaanbahan multimedia (Chee, 2009) kerana penekanan kepada aspek kognitif dalam persembahan bahan multimedia telah dibuktikan keberkesanannya oleh Mayer (2009) daslam meningkatkan kefahaman pelajar.

Oleh itu, kajian ini akan memberi fokus kepada pembinaanbahan multimedia dengan ciri-ciri konstruktivis yang kemudiannya dibina dalam persekitaran 3D. Ini selari dengan saranan John (2009) yang menegaskan bahawa pembinaan bahan multimedia dengan persekitaran 3D berupaya menvisualisasikan konsep abstrak dalam pembelajaran, sekaligus memudahkan kefahaman pelajar

Bila ko baca ayat di atas, tak der ler macam ko meringkaskan karangan atau seperti membaca buku teks… tapi seperti mendengar ko berkata2 kepada pembaca… siap dengan idea ko, diselit dengan penegasan ko sendiri dengan sokongan citation yang mantap…semua ditulis secara konsisten dalam konteks kajian ko… iaitu menggunakan keyword bahan multimedia dan kefahaman pelajar walaupun keyword tersebut LANSUNG TAK ADA dalam petikan artikel asal yang ko analisis sebelum ko sintesis !!

Tu macam senanglah bro….

Apasal tak ada orang ajar aku…tu yang aku main taram jer…he he. Supervisor komen jer tak kritis…entah apa yang tak kritis akupun tak tahu…nasib baik ko tunjuk kat aku…

Sekarang ko percaya betapa senangnya menulis Literatur Review secara kritis dengan syarat ko mampu membuat analisis dan sintesis….. dalam konteks kajian ko sendiri…jadi jgn fening dgn perkataan yang bermacam-macam dalam artikel asal asalkan konsepnya sama dgn konsep kajian yang ko buat. Jika ko kutip semua perkataan yang berbagai-bagai dalam artikel asal… bukan ko saja fening.. pembaca ko pun akan muntah !!

Abis bukan ker kritis tu mengkritik kajian orang lain?

Banyak ler ko punya kritik. Ko sendiripun tak faham kajian ko lagi…baru nak belajar tulis literatur review…merangkak-rangkak …ada hati nak kritik kajian sifu-sifu yang di published dan di reviewed dalam artikel-artikel scorpus tu? Minta maaf ler bro…

Jadi…?

Bagi Literatur Review, ko perlu menulis secara kritis bukan mengkritik ler…

Wokey…. terima kasih atas nasihat ko yang kritis tapi tak mengkritik…

Sumber Dr Othman Talib

Dari Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL