no comments

MENULIS LATAR BELAKANG THESIS

Ramai yang menulis latar belakang berdasarkan pembacaan kajian lepas tapi tahu apa sebenarnya keperluan latar belakang. Saya nak kongsi bagaimana menulis latar belakang kajian berdasakan 5 langkah:

INTRODUCTION

Latar belakang kajian

  1. Sejarah ringkas
  2. Perkenal “what else need to be done”
  3. Perkenal hujah
  4. Perkenal menyokong / mencadangkan penyelesaian /fokus kajian
  5. Kenapa kajian anda penting untuk dijalankan

Kalau bagi 5 langkah ini tentu tidak lengkap tanpa disertakan contoh untuk lebih faham. Jadi berikut adalah contoh simple sahaja yang saya sertakan……

Tajuk Kerja: Pengembangan animasi komputer dalam kimia menggunakan pendekatan konstruktivis

1.1 Latar belakang kajian

1 – Sejarah ringkas

Perkenalkan sedikit sejarah “area of investigation” kajian anda dalam umum. Bagi contoh tajuk di atas, kajian adalah berkaitan “teaching and learning in science education”. Tulis ikut urutan acara bagi kajian anda.

 

2 – Perkenal “what else need to be done” (WENTBED)

Tulis mengenai senario situasi semasa berkaitan isu yang dikaji dengan memperkenalkan WENTBED dalam “teaching and learning in science education. WENTBED disini adalah situasi semasa aplikasi “teaching and learning in science education” yang tertumpu hanya kepada dengan pendekatan “guided-inquiry” melalui experimen sahaja.

 

3 – Perkenal hujah

 

  1. Perkenalkan menyokong / mencadangkan penyelesaian/ fokus kajian anda

Perkenal kajian anda untuk mengatasi masalah yang mendorong anda kepada WENTBED. Fokus kajian ada adalah menguji keberkesanan animasi mengunakan pendekatan konstruktivis untuk pengajaran dan pembelajaran kimia.

 

  1. Kenapa kajian anda penting untuk dijalankan

Dibahagian akhir inilah anda simpulkan betapa pentingnya kajian yang akan anda jalankan..

Walaupun teknologi komputer berpotensi untuk disepadukan dengan pendekatan konstruktivis yang diperolehi, mereka juga meletakkan tuntutan khusus kepada guru untuk memilih atau membangunkan persembahan komputer yang sesuai yang memudahkan pemahaman pelajar melalui aktiviti dan interaksi semasa kelas sains. Untuk cadangan yang dicadangkan ini, penyelidikan diperlukan untuk menyiasat bagaimana mengintegrasikan teknologi komputer terkini dalam mod konstruktivis selaras dengan objektif pendidikan kimia di Malaysia. Inilah tujuan kajian ini; untuk merancang pendekatan konstruktivis dibantu oleh animasi untuk mengarahkan dan menguji pelaksanaannya dalam konteks Malaysia.

Sumber : Dr Othman Talib
Dari : Team Mpws

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL