no comments

Menulis Artikel Jurnal – Bahagian Metodologi

Penulisan artikel jurnal mempunyai beberapa bahagian yang perlu dititikberatkan. Salah satunya adalah bahagian metodologi. Penulisan metodologi adalah bergantung kepada panduan yang ditetapkan oleh jurnal di mana penulis perlulah mengikut kriteria tersebut. Berikut disenaraikan beberapa bahagian metodologi dalam rangka yang berbeza di mana penulis harus menekankan kepada empat bahagian iaitu:

  1. Peserta
  2. Prosedur
  3. Cara pengukuran data
  4. Strategi analisis data

Berikut merupakan huraian bagi setiap bahagian yang telah disenaraikan di atas.

  1. Peserta

Dalam bahagian ini, penulis menulis data berkenaan demografi responden, uniknya kaedah penulisan sebegini tidak memerlukan data demografi ditulis di bahagian hasil kajian. Mengapa? Kerana di bahagian dapatan, mereka hanya mahukan data berkenaan objektif, melainkan kita membuat kajian berkenaan dengan profil responden, maka data demografi bukanlah objektif yang ingin dicapai.

2. Prosedur

Di sini, anda boleh memasukkan data berkenaan dengan proses persampelan – apa teknik persampelan yang digunakan? Ceritakan secara terperinci proses persampelan tersebut.

Pengumpulan data – apa yang dilakukan sebelum pengumpulan data sebenar? Siapa yang membantu pengumpulan data? Apa kaedah pengumpulan data utama yang digunakan? Berapa lama masa yang diambil untuk enumerator/responden melengkapkan borang kajian?, pengumpulan data dilakukan dalam bahasa apa? Di mana pengumpulan data dilakukan? Berapa lama pengumpulan data dapat dilengkapkan?

3. Cara pengukuran data

Di sini anda boleh menceritakan tentang instrumen, anda boleh menceritakan tentang :-

  • Proses pembentukan
  • Proses ujian pilot (apa penambahbaikan yang dilakukan selepas proses ujian pilot selesai?)
  • Jumlah item bagi setiap bahagian,
  • Definisi operasi bagi faktor yang dikaji boleh disertakan
  • Contoh item
  • Apa jenis pengukuran yang digunakan (likert scale?)

4. Strategi analisis data

Di sini boleh diceritakan apa perisian yang digunakan dan apa analisis serta tujuan kita menggunakan analisis tersebut. Dalam sesetengah penulisan, mereka cuba menjelaskan keperluan yang perlu dipenuhi bagi analisis yang dilakukan. Terdapat juga penulisan yang menjelaskan perbandingan di antara analisis yang mereka gunakan dengan analisis lain (yang hampir sama fungsinya dengan analisis yang mereka gunakan).

 

Sumber: suhaizadsan.wordpress.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL