no comments

MENILAI KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN MODEL PENGUKURAN SESUATU KONSTRUK

Apabila prosedur CFA untuk model pengukuran gabungan (pooled-measurement model) selesai, perlu menguji langkah-langkah tertentu untuk menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan konstruk dan meringkasnya dalam bentuk jadual. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, ujian untuk unidimensionaliti, kesahan, dan kebolehpercayaan bagi model pengukuran diperlukan sebelum memodelkan model berstruktur. Penulis ingin mencadangkan format berikut untuk melaporkan hasil CFA:

Unidimesionaliti: Keperluan ini boleh dicapai melalui proses seperti berikut:

  1. Kesahan Konvergen (Convergent Validity): Kesahan Konvergen bagi model pengukuran sesuatu konstruk itu dicapai apabila nilai AVE bagi konstruk tersebut melebihi 0.50.
  2. Kesahan Konstruk (Construct Validity) : Kesahan Konstruk bagi model pengukuran dicapai apabila indeks Kesepadanan bagi tiga kategori itu mencapai tahap yang diperlukan seperti yang dibincangkan sebelumnya.
  3. Kesahan Diskriminan (Discriminant Validity): Kesahan Diskriminan hanya boleh dibuat melalui pembinaan Discriminant Validity Index Summary.

Kebolehpercayaan: Dua keperluan untuk kebolehpercayaan adalah:

  1. Purata Variasi Yang Terekstrak (Average Variance Extracted,AVE) : Nilai AVE melebihi 0.50 menunjukkan kesahan konvergen model pengukuran dalam mengukur sesuatu konstruk telah dicapai.
  2. Kebolehpercayaan Komposit (Composite Reability,CR) : Kebolehpercayaan Komposit dicapai apabila semua nilai CR melebihi 0.60.

Sumber : Pendekatan Mudah SEM

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL