no comments

Mengapa Pilih Kaedah Kualitatif?”?

Mengapa Pilih Kaedah Kualitatif?”?

MENGAPA MENGGUNAKAN KAEDAH KUALITATIF?

Sebagai seorang penyelidik, langkah awal sebelum memulakan penyelidikan adalah mewujudkan persoalan yang perlu dijawab. Jawapan diperoleh dengan menjalankan kajian. Terdapat dua jenis pendekatan iaitu berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif.

 

Kajian kualitatif dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang ingin dikaji . Selain itu, kajian kualitatif juga dijalankan untuk mendapat maklumat terperinci berkaitan sesuatu perkara yang dikaji . Ini bermakna untuk mendapatkan maklumat terperinci dan mendalam kajian kualitatif dijalankan.
Tambahan lagi, kaedah ini boleh menerangkan peristiwa secara holistik dalam keadaan sebenar peristiwa berlaku tanpa sebarang manipulasi oleh penyelidik. Kajian ini menjawab persoalan berkaitan dengan mengapa sesuatu fenomena berlaku sedemikian dan bagaimana ia berlaku.

 

Justeru, kajian dijalankan untuk menjawab soalan mengapa dan bagaimana yang dikemukakan oleh pengkaji. Pengkaji menjalankan kajian secara mendalam untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian. Contoh persoalan kajian secara kualitatif ialah:
Mengapa guru masih tidak menggunakan pendekatan koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?
� Bagaimana guru menjalankan aktiviti koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah? Dalam kajian kualitatif, penyelidik menjadi instrumen kajian . Penyelidik kualitatif merupakan instrumen untuk mengutip data dan menganalisis data.

 

Penyelidik menyelidik peristiwa yang berlaku ketika kajian dijalankan. Kutipan data dijalankan secara berterusan. Kajian ini jarang membincangkan ciri kebolehpercayaan kerana kebolehpercayaan bergantuang kepada subjektiviti seseorang individu

 

Kajian kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk di kembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.

.

Penyelidik Wajib mahir untuk menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan jawapan yang di kehendaki sebagai sumber utama kepada sumbangan akademi kepada masyarakat.

Untuk menghasilkan kajian yang terbaik, penyelidik mesti menyediakan soalan yang targeted yang menjurus kepada hasil kajian yang di inginkan.

Persoalan yang terdiri daripada WHO question?

APa? Bagaimana? Kenapa? kesannya?

Pembentukan Soalan merupakan Asas Penting kepada Hasil kajian yang Holistik.  Dalam penggunaan kaedah kualitatif seperti temu bual, persoalan yang di ajukan membawa kepada hasil yang di inginkan bagi menguji hipotesis yang di bentuk iaitu ” tidak terdapat hubungan @ terdapat hubungan di antara”.

.

Konsep yang ingin di kaji dan hipotesis yang di bentuk , di sokong  dengan teori yang berkaitan akan menjadi panduan dalam menghasilkan penulisan tesis. Untuk Memudahkan mengekstrak data@ hasil temu bual yang di laksanakan penyelidik boleh menggunakan SOFTWARE ATLAS.TI bagi memudahkan mengekstrak data serta menganalisis maklumat yang di dapati  bagi mengkaji HIPOTESIS yang di bina.

.

Penyelidik perlu maju ke depan dan boleh  mempercepatkan masa pengajian, melalui penggunaan aplikasi terkini bagi memudahkan penyelidikan. kaedah tradisional itu  adalah asas kepada kaedah penyelidikan kualitatif, namun masa yang di gunakan amat banyak.

.

Pengwujudan  Software yang proaktif  memberikan hasil yang di luar jangkaan kepada penyelidik kerana ia  mampu membantu penyelidik melaksanakan penyelidikan dengan lebih cepat, terperinci dan paling sekali mengekstrak data yang di perolehi.

.

Jadi Kenapa Perlu memilih kaedah Kualitatif?

Admin ingin maklumkan pemilihan kaedah ini berdasarkan

  1. Tajuk kajian penyelidik
  2. kesesuaian dengan kaedah yang di gunapakai
  3. saranan Supervisor

 

Kredit: /ustazkenali.wordpress.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL