no comments

Mengapa Perlu Menulis Tesis

Tesis (atau dissertasi) diperlukan sebagai pra-syarat mendapatkan ijazah sarjana mahupun kedoktoran bagi menyambung tradisi kesarjanaan dengan menerbitkan artikel ilmiah yang diekstrak dari tesis tersebut.

Menulis tesis sering menjadi “mimpi ngeri” sebahagian besar pelajar siswazah. Ramai yang mengeluh kerana teraba-raba dalam menyiapkan proposal, menjalankan kajian dan seterusnya ingin menulis tesis dalam tempuh yang ditetapkan. Oleh itu, menulis tesis juga memerlukan asas pengetahuan yang sistematik, bermula dari pembacaan yang intensive dan extensive, mencari research gap, menentukan objective, pencarian tajuk hinggalah kepada membuat kajian, perbincangan dan kesimpulan.

Ingat, hampir semua calon master dan PhD di Malaysia tak perlu duduk dalam hutan dengan gorilla, atau menyelam dilautan untuk mengekori whales…… atau mengendap penguin di kutub utara….berbulan-bulan berbekalkan kekuatan survival diri…. tetapi sebaliknya cuma perlu duduk depan komputer dan persiapkan diri dengan menggali journal, membaca artikel dan menyiapkan proposal….

SUMBER: Dr. OT

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL