no comments

Mencipta Tajuk Yang Sangat Mencuri Perhatian

Mencipta Tajuk Yang Sangat Mencuri Perhatian

Jadi anda rasa sudah bersedia untuk menulis sekarang?

Tidak.

Belum sehingga anda sudah mendapatkan tajuk artikel yang gempak & sangat mencuri perhatian.

Anda mungkin mempunyai kandungan artikel yang terhebat, tapi jika tajuknya kurang menarik, percayalah bahawa kebanyakan orang tidak akan membacanya.

Mengapa?

Kita mesti mencuri perhatian mereka terlebih dahulu.

Banyak sumber contoh yang boleh kita lihat. Blog luar negara seperti Copyblogger dan Jon Morrow selalu menggunakan tajuk yang menarik.

Blog Malaysia pula kita boleh lihat SirapLimau.com dan The Vocket adalah antara contoh blog yang selalu mengguna teknik headline sebegini.

Dibawah ini adalah 5 contoh tajuk artikel yang telah terbukti berjaya di blog akuislam.com:

  1. 4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!
  2. Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
  3. Kebahagiaan akan Tertangguh Selagi Kita Membandingkan Hidup Kita Dengan hidup Orang Lain
  4. 9 Sebab Mengapa Kita Harus Minum Kopi Setiap Hari & Bagaimana Ia Boleh Mencegah Kencing Manis?
  5. Orang Sukar Tidur Tidak Bahagia & Berpotensi Untuk Sakit Mental

Cuba perhatikan ayat yang saya gunakan.

Tajuk yang biasanya menarik perhatian mempunyai angka, perkataan ‘bagaimana, apakah, mengapa..’ dan kata-kata yang menunjukkan risiko.

Yang paling penting harus kita tekankan adalah, tajuk itu mesti spesifik, dan membawa maksud artikel yang hendak disampaikan.

Tarik dan culik perhatian pembaca

Anda mempunyai hanya beberapa saat sahaja untuk menawan &  menculik perhatian pembaca.

Jika kita tidak mampu menawan  perhatian seseorang dalam beberapa baris ayat pertama kita, kita akan kehilangan mereka.

Kita memerlukan ayat yang persuasif.

Bagaimana cara saya mengambil perhatian anda untuk membaca artikel saya sehingga ke tahap ini adalah dengan melalui ayat:

Menulis itu sukar.

Tiada orang dilahirkan dengan bakat menulis.

Apatah lagi untuk menulis artikel berkualiti dan sedap dibaca. Ia adalah salah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh ramai orang yang ingin menulis.

Jika anda perhatikan perenggan diatas saya telah melakukan beberapa perkara iaitu:

  1. Saya telah menulis ayat yang seakan-akan berbual dengan anda
  2. Saya menunjukkan kepada anda bahawa realiti untuk menulis itu adalah sukar
  3. Saya menarik anda supaya membaca lagi dengan merujuk kepada anda satu fakta bahawa bukan semua orang boleh menulis artikel blog yang baik & berkualiti.

Dalam perenggan kedua, saya menggunakan social proof, dimana walaupun anda mungkin tak kenal saya, tapi anda tahu saya bukanlah orang yang tiada pengalaman dalam bidang ini untuk memberi nasihat.

Lebih dari 5 tahun saya terlibat dengan dunia penulisan artikel di Blog utama saya, akuislam.com dan beberapa blog saya yang lain. Saya juga menjadi penulis tamu tetap untuk blog TSC dan juga dilantik syarikat Kembara Sufi Travel & Tours untuk mempromosikan pakej percutian mereka.

Saya secara umumnya sentiasa mendapat pelbagai feedback  daripada pembaca blog saya. Sama ada komen baik atau kritikan yang saya anggapnya sebagai kritikan membina.

Dalam ayat tersebut, ia menunjukkan saya telah mempunyai pengalaman dalam membina dan menulis di blog, sedikit sebanyak ia akan membuatkan anda mengambil nasihat saya ini secara lebih serius.

Dan pada masa yang sama juga, saya memberi tahu saya juga pernah dikritik dan mendapat feedback yang negatif.

Ini menunjukkan saya bukan sempurna dan anda serta kita semua boleh sentiasa  improve dan meningkatkan penulisan artikel kita.

Tuliskan Artikel Anda Secara Terperinci..

Untuk sementara waktu, berhenti dan berehatlah sebentar.

Ambil nafas dalam-dalam dan pergilah melayari ke blog kegemaran anda (atau blog yang saya sebutkan diatas)

Cuba perhatikan pada kebanyakan blog tersebut biasanya mempunyai kandungan artikel yang agak lengkap dan terperinci.

Mereka bukan sahaja cover perkara-perkara asas, tetapi artikel mereka selalunya terperinci sehingga kepada sekecil- kecil perkara.

Seolah-olahnya, seperti mereka memegang tangan kita dan membawa kita bersama mereka melalui apa sahaja perkara yang dibincangkan, step by step.

Pada waktu mula-mula saya mewujudkan blog Aku Islam, saya hanya menulis artikel yang pendek, tak berkualiti dan hanya main copy paste sahaja (salah satu kejahilan saya ketika mula-mula berblogging dulu, – copypaste).

Dan traffic ke blog tersebut sedikit dan kadang-kadang langsung tiada.

Pada masa itu, saya tidak tahu apa puncanya dan saya tidak ambil kisah, namun pada satu hari saya telah menulis satu artikel yang sangat terperinci (secara tidak sengaja) dan traffik ke blog Aku Islam naik secara mendadak!

Semenjak dari peristiwa itu, saya akan menulis artikel yang terperinci dan lengkap sekurang-kurangnya 800 patah perkataan.

Sekarang Alhamdulillah setiap hari sekurang-kurangnya 15,000 pembaca akan melayari blog saya.

Saya berharap anda semua dapat belajar dari pengalaman saya dan tidak buang masa dengan menulis artikel yang ala kadar dan sekadar memenatkan kita sahaja.

Ingat, work smart!

Sumber : IncheNaim

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL