no comments

Memikirkan Format Tesis – Apakah dosa bracket dan comma?

Aku tidak pernah terfikir mengapa dahulu aku dapat menyiapkan proposal aku dalam masa 3 bulan sahaja…..dari tarikh aku mendaftarkan diri dan terus diterima selepas 2 kali presentations – pertama depan supervisory committee… dan selepas dibaiki di present pula di khalayak mat dan minah salleh di School of Education… University of Adelaide….lulus untuk kajian !!

Kemudian aku menulis dan menulis dan merujuk dan membuat research dan analisis data dan menulis tanpa henti….. SIAPP !!!

Bila aku mula mengajar….aku dapati majority PG tidak buat apa2pun dalam tempuh 3 bulan tersebut. Aku terfikir juga….. dan berpendapat maybe system penulisan thesis di IPTA tidak berapa mesra pelajar dan kurang flexible. Ambil bibliografi sebagai contoh paling sempoi. Jika PG menulis thesis di IPTA XYZ, dia terpaksa ikut format gaya penulisan thesis di IPTA tersebut. Bila nak hantar artikel ke journal … ubah pulak ke format international. Then bila dah abis blaja…. balik ke IPTA sendiri, ikut plak gaya lain…. amende ni?

Tapi aku belajar dulu…. setiap jabatan akan ikut format international yang standard dalam bidang masing2… supaya pelajar boleh menghantar artikel ke jurnal international tanpa perlu mengubah lagi dan lagi dan lagi…format penulisan masing2…. dan boleh terus apply bila balik di negara sendiri… sebab UPM mengamalkan gaya standard. Dengan reference manager seperti Mendeley… lagi ler cepat… tak payah nak fikir2 panjang.

Aku tak nampak rasional perlunya gaya tersendiri yang berbeza pula dengan format standard kerana semua reference manager spt EndNote, RefWork dan Mendeley dibina mengikut format international yang standard.

Tambahan ini seperti tidak selari dengan hasrat IPTA sendiri untuk menerbitkan sebanyak mungkin artikel dalam international journal yang tidak mungkin akan menerima gaya tersendiri IPTA di Malaysia. PG digesa membaca jurnal berimpak tinggi…. hantar ke jurnal scopus / ISI indexed… yang semua ini mengikut gaya standard.

Aku tidak nampak rasionalnya mengubah format standard (seperti APA) dengan menulis (Othman Talib, 2013) ditukar kepada (Othman Talib 2013) ataupun bahagian rujukan apabila “Othman Talib (2013)” ditukar menjadi “Othman Talib. 2013”. Perubahan ini tidak memberikan apa2 makna kerana perbezaan tersebut “tidak signifikan” pun sebab hanya dibuang comma dan bracket sahaja… atau bahasa canggihnya P>.05 !!

Semasa aku siapkan thesis aku…. pengukuran yang remeh temeh seperti margin, indent…… caption…. lebih flexble lagi…. dengan syarat buat secara konsisten…..bagi keseluruhan thesis. Tak ada sesapapun datang ukur nak pastikan ketepatannya sehingga ke milimeter terakhir seperti di Malaysia! Bila aku pinjam thesis pulak, biar dari mana sekalipun, on-line atau off line atau dari IPTA / IPTS….atau dari research database seperti EbscoHost atau Science Direct….aku hanya ingin merujuk isi thesis tersebut bukannya format penulisan… lantaklah margin tu berapa besar atau kecil beberapa mm atau cm… Tak kisahlah format apapun, yang penting isinya relevan dengan kajian aku. Itu yang penting….

Anda pun takkan bandingkan thesis A dengan thesis B mana yang lebih baik hanya kerana gaya penulisan yang berbeza…..atau format citation… atau margin… yang anda cari mana satu yang paling relevan dengan kajian anda…..
Sekali lagi….. adakah aku yang bodoh memikirkan benda2 remeh begini?

 

SUMBER :Blog Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL