no comments

Membuat Tajuk Artikel Penyelidikan yang Baik

Tajuk anda adalah perkara pertama untuk menarik perhatian pembaca, jadi anda harus memastikan ianya memberi impak. Dibandingkan dengan penulisan anda dalam artikel, menentukan tajuk mungkin terasa seperti sukar, tetapi mencipta tajuk yang baik adalah penting untuk memaksimumkan jangkauan artikel anda.

 

Perkara-perkara asas

Tajuk artikel anda haruslah mempunyai beberapa perkara untuk menarik pembaca terhadap artikel anda. Berikut merupakan perkara-perkara asas penciptaan tajuk untuk menghasilkan beberapa idea:

  1. Hadkan diri anda 10 hingga 20 perkataan.
  2. Menetapkan frasa atau persoalan.
  3. Buat kesan positif artikel tersebut.
  4. Gunakan istilah semasa dalam bidang pengajian anda.
  5. Merangsang minat pembaca.

Tajuk artikel penyelidikan yang baik memberikan penerangan ringkas tentang artikel sebelum anda menerangkan tentang kajian anda secara spesifik dalam artikel. Sebelum anda sampai ke peringkat akhir, anda boleh memulakan dengan tajuk artikel yang memberi anda idea utama tentang apa yang harus difokuskan ke seluruh bahagian artikel anda. Kemudian anda boleh kembali untuk menyemak semula tajuk apabila anda selesai menulis artikel kajian anda.

 

Proses Penulisan

Semasa anda menulis artikel penyelidikan anda, adalah penting untuk membuat senarai persoalan kajian yang dijawab oleh artikel anda. Bagi topik yang luas, artikel anda boleh menjawab 20 soalan. Sekiranya subjek anda sangat sempit, anda mungkin mempunyai dua atau tiga soalan sahaja yang boleh dijawab dalam artikel. Anda boleh menggunakan soalan-soalan ini untuk menentukan tajuk artikel penyelidikan anda.

Subjek artikel atau hipotesis mungkin juga memberi anda idea untuk tajuk terakhir serta boleh jadi kesimpulan anda. Semasa anda menulis artikel penyelidikan anda dari awal hingga akhir, anda membuat beberapa kesimpulan sebelum menjawab idea atau hipotesis utama anda. Bukanlah menjadi kesalahan dengan menggunakan kesimpulan anda sebagai tajuk kerana pembaca anda ingin tahu bagaimana anda memperoleh jalan penyelesaian dalam kajian. Tajuk artikel penyelidikan yang baik sebenarnya boleh menjadi teruk (spoiler), tapi itu merupakan satu perkara yang baik. Sebaik sahaja anda mempunyai tajuk draf, anda perlu menjaga beberapa butiran untuk memastikannya menarik.

 

Butiran

Buang perkataan yang tidak perlu (seperti “A Study of” atau “An Investigation of”) yang tidak menyumbangkan makna atau nilai sebenar kepada tajuk anda. Elakkan perkataan atau frasa yang tidak membantu pembaca memahami konteks kerja anda, dan pastikan tajuk anda mendapat titik sebenar artikel anda.

Tajuk anda perlu menarik minat pembaca, jadi jangan takut meletakkan gaya kecil kepada tajuk artikel anda. Anda masih boleh mengelakkan tajuk membosankan untuk mewakili kajian anda secara ringkas.

Jangan buat tajuk anda terlalu pendek. Perkataan “Politik Amerika Selatan” jelas sangat luas dan tidak mengatakan apa yang dimaksudkan dengan artikel penyelidikan anda. Sebaliknya, mengembangkan sedikit untuk memasukkan lebih terperinci. Perhatikan tajuk “Politik Amerika Selatan dan Kejatuhan Minyak Venezuela dengan Usaha Pemuliharaan Hutan Hujan Brazil.” Tajuk kedua mempunyai lebih banyak bahan, kata kunci yang cukup untuk membina minat pembaca.

 

Pemikiran Akhir

Tanya diri anda sendiri beberapa soalan yang sampai kepada artikel anda. Apakah tujuan penyelidikan? Apakah nada naratif artikel? Kaedah apa yang anda gunakan untuk menulis artikel? Tujuan artikel anda memberikan petunjuk sempurna kepada kesimpulan anda. Sementara itu, nada naratif anda bergantung pada huraian yang anda buat, seperti menyampaikan hasil kajian peralihan paradigma, membahagikan berita tentang beberapa cerita utama atau membuat kesimpulan yang mengejutkan di mana tiada siapa boleh jangkakan.

Tajuk artikel yang baik mewakili kesan pertama pembaca melihat kerja anda, jadi pastikan anda memberikan tajuk artikel yang terbaik kepada kajian anda.

 

Sumber: wiley.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL