no comments

MEMBINA RANGKA SOROTAN LITERATUR

2.5 Peta Minda

Peta minda adalah teknik yang tidak asing lagi, malah banyak dipraktiskan dalam pengajaran dan pembelajaran. Peta minda mempunyai idea yang mudah. Anda hanya perlu menulis satu idea utama ditengah-tengah lalu melukis idea-idea yang lebih kecil melingkari idea utama tersebut. Peta minda boleh membantu menunjukkan perkaitan antara idea-idea yang terasing dalam dalam jadual Synthesis Matrix (lihat bahagian 2.3).

Katakan anda ingin menjalankan kajian berkaitan dengan gejala salah laku pelajar sekolah. Andapun memulakan langkah pertama dengan membina jadual Syntesis Matrix lalu memberikan maklumat awal terdapat sekurang-kurangnya tiga faktor utama yang mempengaruhi gejala salah laku iaitu;

  • persekitaran luaran sekolah = rakan sebaya + keluarga
  • persekitaran dalaman sekolah = pembelajaran + pengajaran + peraturan sekolah
  • sikap pelajar = persepsi diri + pegangan nilai

Selain itu, teori utama yang sering dkaitkan dengan gejala salah laku adalah teori seperti berikut:

  • teori moral Kant
  • teori moral Mill
  • teori moral Kohlberg
  • teori fungsionalisma

Anda kemudian memilih untuk membahaskan dua teori iaitu teori moral oleh Kohlberg dan fungsionalisma kerana perbincangannya yang komprehensif dan berkait dengan kajian anda. Hasil pemetaan minda ini, anda boleh merangka sorotan literatur dengan penentuan tajuk dan sub tajuk. Berikut adalah cadangan isi kandungan sorotan literatur anda berdasarkan pemetaan di atas. Ini adakah dummy sahaja bagi memberikan anda ruang dan peluanguntuk segera menulis. Anda boleh baiki dan tambah lagi tajuk dan sub-tajuk setelah disemak oleh penyelia anda.

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN

2.1 ISU GEJALA SALAH LAKU DI SEKOLAH

2.2 TEORI SALAH LAKU

2.2.1 Fungsionalism

2.2.2 Kolhberg

2.3 FAKTOR PERSEKITARAN

2.3.1 Rakan sebaya

2.3.2 Keluarga

2.4 FAKTOR DALAMAN SEKOLAH

2.4.1 Situasi Pengajaran dan Pembelajaran

2.4.1 Perlaksanaan peraturan sekolah

2.5 SIKAP PELAJAR

2.5.1 Persepsi diri

2.5.2 Pegangan nilai

2.7 KAJIAN TERDAHULU SALAH LAKU

2.8 KESIMPULAN

2.6 Strong dan common statements

Terdapat dua jenis pernyataan dalam sorotan literatur iaitu strong statement yang ditulis berdasarkan rujukan satu idea yang khusus yang memerlukan petikan (citation) yang dibuat. Common statement pula yang ditulis berdasarkan pengetahuan umum tanpa perlukan petikan.

Katalah anda ingin menjalankan satu kajian terhadap aplikasi animasi 3D dalam pendidikan sains. Salah satu langkah awal adalah membina jadual Synthesis Matrix dari sumber bacaan anda – artikel jurnal, buku dan termasuklah bahan-bahan dalam internet yang tiada nama author mahupun tarikh.

Andapun ingin membuat satu sub-tajuk ‘Animasi 2D dan 3D’ dan menjelaskan mengapa anda menggunakan animasi 3D dalam kajian. Walaupun anda dapat ‘idea’ menggunakan istilah 2D dalam banyak artikel yang anda baca, kerana istilah tersebut telahpun menjadi sesuatu yang lazim. Maka andapun mula menulis seperti berikut.

Animasi 2D ke 3D

Kajian animasi dalam pendidikan sains (spt. Simon, 2015; Ron, 2012) bermula dari penghasilan animasi 2D bagi penyediaan bahan pengajaran menggunakan perisian PowerPoint. Namun kemajuan dalam teknologi komputer telah membawa kepada penggunaan perisian Flash dalam pembinaan animasi secara lebih mudah dan fleksibel berbanding perisian PowerPoint. Teknologi grafik vektor pada fail Flash yang lebih kecil saiznya memudahkan animasi dimuatnaik melalui internet dengan lebih cepat berbanding fail PowerPoint.

Perubahan ini telah membawa kepada penggunaan perisian Flash untuk penghasilan animasi 2D dalam kajian-kajian pendidikan sains (lihat Meyer, 2014 & Albert, 2015) menggantikan perisian PowerPoint. Aliran penghasilan animasi 2D menggunakan PowerPoint dan Flash dalam pendidikan sains dijangka akan berubah lagi dengan adanya perisian animasi 3D seperti 3D max yang mengunakan teknologi ‘motion capture’. Animasi yang dibina dalam persekitaran 3D mempunyai kelebihan berbanding animasi 2D kerana animasi 3D berupaya menvisualkan konsep-konsep sains yang lebih kompleks dan abstrak secara yang lebih realistik.

Perhatikan bahawa ada tiga bentuk pernyataan dalam perenggan di atas iaitu strong dan common statement:

Berikut adalah strong statement dalam perenggan di atas:

Kajian animasi dalam pendidikan sains (spt. Simon, 2015; Ron, 2012) bermula dari penghasilan animasi 2D bagi penyediaan bahan pengajaran menggunakan perisian PowerPoint

Perubahan ini telah membawa kepada penggunaan perisian Flash untuk penghasilan animasi 2D dalam kajian-kajian pendidikan sains (lihat Meyer, 2014 & Albert, 2015) menggantikan perisian PowerPoint.

Strong statement adalah pernyataan yang perlukan petikan (citation) kerana anda merujuk kepada sumber tertentu bagi menyatakan bahawa ‘Kajian animasi….’ dan ‘…kajian-kajian pendidikan sains…’. Pernyataan yang melibatkan fakta khusus yang dipetik dari kajian adalah contoh strong statement.

Berikut adalah common statement dalam perenggan di atas:

Namun kemajuan dalam teknologi komputer telah membawa kepada penggunaan perisian Flash dalam pembinaan animasi secara lebih mudah dan fleksibel berbanding perisian PowerPoint.

Teknologi grafik vector pada fail Flash yang lebih kecil saiznya memudahkan animasi dimuatnaik melalui internet dengan lebih cepat berbanding fail PowerPoint.

Aliran penghasilan animasi 2D menggunakan PowerPoint dan Flash dalam pendidikan sains dijangka akan berubah lagi dengan adanya perisian animasi 3D seperti 3D max yang mengunakan teknologi ‘motion capture’.

Common statement adalah pernyataan yang telah difahami umum dan walaupun anda membacanya dari pelbagai sumber rujukan TETAPI pernyataan yang anda tulis tersebut tidak perlukan petikan (citation) untuk rujukan. Contohnya flash menggunakan vector graphics adalah sesuatu yang diketahui umum dalam bidang animasi.

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL