no comments

MEMBINA RANGKA SOROTAN LITERATUR

2.4 Percambahan idea
Saya akan membincangkan percambahan idea ini dengan menggunakan pendekatan simulasi. Katakan seorang pelajar pascasiswazah bernama Norlizahana atau dikenli juga sebagai Nen Tebabo oleh kawan-kawannya, sedang melakukan kajian yang memerlukan dia membina dan menguji aplikasi mobil dalam pengajaran kimia di bawah tajuk konsep mol. Sebagai guru kimia, Norlizahana berminat akan tajuk konsep mol tetapi mendapati sukar untuk mengajar konsep ini untuk difahami oleh pelajar jika dilakukan secara konvensional. Norlizahana juga minat dengan aplikasi mobil atau ringkasnya app (application), dan beliau ada pengetahuan asas membina app menggunakan perisian 3-D Unity. Setahu Norlizahana, app masih baru dalam pendidikan sains dan ini peluang untuk dia meneroka bidang tersebut sekaligus menjawab soalan ‘What else need to be studied’? Secara umum Norlizahana tahu teori konstruktivis adalah antara teori utama dalam pendidikan sains yang merujuk kepada proses pembinaan pengetahuan baru oleh pelajar dari pengetahuan sedia ada mereka. Norlizahana membuat pembacaan awal dan mendapati proses ini melibatkan satu proses lain yang lebih khusus iaitu perubahan konsep (conceptual change). Teori perubahan konsep ini dijelaskan oleh beberapa teori dan model termasuklah yang dipopularkan oleh Posner, Strike, Hewson and Gertzog (1982) dan; Strike dan Posner (1992). Semua idea Norlizahana di atas timbul
apabila dia melakukan tiga langkah berikut:

1: Pencarian literatur melalui MENDELEY
Norlizahana perlu memastikan tajuk yang sedang dijalankan ada novelty dan berada di frontier of knowledge. Maka Norlizahana pun menggunakan injin pencarian literature search bagi reference manager MENDELEY untuk mendapatkan beberapa artikel terkini yang paling releven dengan apa yang ingin dikajinya. Norlizahana menggunakan pencarian dengan kata kunci asas seperti Rajah 2.1 dam Rajah 2.2 berikut. Ini adalah hasil pencarian bagi Norlizahana memulakan pembacaan abstrak dan memilih hanya artikel yang terbaik dahulu bagi tahun 2015 dan 2016. Norlizahana juga membaca dari sumber sekunder seperti buku dan handbook bagi mendapatkan gambaran awal berkaitan teori konstruktivis dan idea bagi perubahan konsep serta sekali sekala membuka Wikipedia apabila bertemu istilah baru yang masih belum difahami. Norlizahana cuba mendapatkan gambaran awal dengan
fokus kepada gabungan kata kunci berikut untuk pencarian seterusnya menggunakan MENDELEY.

  •  ‘mobile application’ AND learning
  • mole concept AND learning AND teaching
  •  education AND ‘mobile application’
  •  chemistry AND learning AND instruction
  •  science AND animation AND multimedia

Dalam pencarian di atas, Norlizahana telah memperolehi artikel-artikel kepada jurnal-jurnal berimpak tinggi seperti berikut:

  • Journal of Chemical Education
  •  Journal of Science Education
  •  International Journal of Science Education
  •  Science teacher
  •  Journal of computer assisted learning
  •  Journal of research in science teaching
  •  Computer and education

Maka dari pembacaan artikel-artikel yang diambil dari jurnal-jurnal di atas, Norlizahana memperolehi idea yang lebih khusus yang berkaitan dengan kajiannya seperti:

  •  Researchers found that a majority of students had difficulty
    understanding abstract and dynamic concepts in chemistry
    especially electrochemistry concepts.
  • Constructivist approach is needed in teaching difficult
    concepts, in which learners construct new understanding
    based on their previous knowledge.
  • Piaget and Vygotsky provided a basis on how learners construct new knowledge through the process of conceptual change.
  • From the constructivist perspective, computer animation provides a situation that enhances conceptual change.
  • The theoretical framework of conceptual change underpinning the implementation of a constructivist approach was inspired by the model proposed by Posner (1982)

2: Penyediaan tajuk dan sub-tajuk
Seterusnya Norlizahana membina templat tesisnya menggunakan teknik zero draft of thesis (ZDOT) untuk membina tajuk dan sub-tajuk berdasarkan idea-idea utama di atas kerana idea-idea ini perlu dikembangkan dalam sorotan literatur. Idea-idea utama ini iaitu constructivist, Piaget and Vygotsky, animation, conceptual change, Posner’s model, electrochemistry disusun mengikut tema. Maka rangka sorotan literatur Norlizahana bagi CHAPTER 2 pada awalnya
adalah seperti berikut:

2.0 Constructivist Theory of Learning
2.1 Piaget’s cognitive development theory
2.2 Vygotsky’s social constructivism
2.3 Conceptual Change
2.4 Posner’s model of conceptual change
3: Membina struktur sorotan literatur
Norlizahana terus membaca dan mendapat idea yang lebih baik. Norlizahana perlu tambah tajuk ‘The development of computer animation’. Oleh kerana Norlizahana mempunyai artikel yang banyak, dia bercadang untuk membuat satu sub-tajuk khas iaitu ‘Research related to electrochemistry’. Maka diapun membetulkan struktur yang menjadi:
2.0 Introduction

2.1 Constructivist Theory of Learning
2.1.1 Piaget’s cognitive development theory
2.1.2 Vygotsky’s social constructivism
2.2 Conceptual Change
2.2.1 Electrochemistry concepts
2.2.2 Posner’s model of conceptual change
2.3 The development of computer animation
2.3.1 Animation and constructivist perspectives
2.3.2 Research Related to Electrochemistry
2.4 Conclusion

Sekarang Norlizahana boleh membaca dan mempraktiskan teknik write and cite while you read dengan menggabungkan MENDELEY dan templat ZDOT. Semakin dia banyak membaca, berkemungkinan ada tajuk dan sub-tajuk akan ditambah samada dari pembacaan mahupun idea dan pendapat dari penyelia.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL