no comments

MEMBINA RANGKA SOROTAN LITERATUR

2.2 Membina rangka sorotan literatur

Terdapat pelbagai cara yang diamalkan oleh penyelidik untuk menyediakan rangka (outline) bagi penulisan sorotan literatur. Dalam buku ini, rangka sorotan literatur disediakan melalui tiga cara berikut iaitu Jadual Synthesis Matrix, Peta Minda dan Idea Utama.

2.3 Jadual Synthesis Matrix (SM)

Saya suka menyarankan salah satu kaedah praktikal bagi menggerakkan injin minda anda supaya mula membaca dan menulis. Dengan penggunaan jadual Synthesis Matrix (SM), anda akan dapat mencari ‘what else need to be studied’ dan dalam masa yang sama anda mula meneroka bidang kajian anda dan dalam masa yang sama juga anda boleh mula membina rangka sorotan literatur.

 

Apa dia SM? Ini adalah satu jadual yang mempunyai bahagian yang bertujuan membuka minda awal anda tentang perkara utama dalam bidang kajian sekali gus memberi idea tentang perkembangan dalam bidang tersebut. Dengan ini, anda boleh mula merangka working title dan seterusnya membuat rangka sorotan literatur anda.

 

Katakan anda ada lima artikel (ini contoh dummy sahaja), anda dengan mudah boleh skimmed kesemuanya menggunakan perisian Mendeley dan cuba ringkaskan idea dari pernyataan yang panjang atau boleh sahaja copy and paste dahulu beberapa pernyataan yang paling relevan. Mungkin ada kolum dalam jadual SM yang kosong kerana ketiadaan isi yang berkaitan. Ini bukan masalah besar kerana tujuan anda untuk mendapatkan ‘the big picture of your focus area’ seperti contoh Jadual 2.1 berikut. SM akan memberikan anda idea, apa yang berlaku dalam arus perdana bidang kajian anda. Setelah anda jelas dan dapat gambaran, anda boleh membina rangka sorotan literatur dengan menggunakan fungsi document map / navigation dalam MS Word untuk kemudiannya membaca dengan lebih terperinci setiap artikel supaya memudahkan anda menulis idea utama serta mensintesis fakta-fakta yang berkaitan dari kesemua artikel tersebut.

 

Pastikan anda mendapat artikel-artikel yang relevan, dalam jurnal berimpak tinggi, yang terkini menggunakan pencarian Literature Search dalam reference manager MENDELEY. Katakan anda berminat mengkaji kesan animasi dalam pembinaan courseware pendidikan sains dan anda ringkas sebagai SM seperti Jadual 2.1. Kesemua artikel dalam jadual tersebut adalah artikel dummy.

Jadual 2.1 di atas menggambarkan perkembangan yang berlaku dalam bidang animasi dalam pendidikan sains. Dari Jadual 2.1 tersebut, anda boleh dapati keperluan kajian animasi 3D bagi menjawab soalan ‘What else need to be done’. Terdapat empat unsur yang boleh digabungkan yang membawa kepada novelty dalam kajian seperti:

 

  • Peralihan animasi 2D ke 3D dalam persekitaran pembelajaran sains
  • Peralihan animasi 2D ke 3D dalam persekitaran mobil aplikasi
  • Peralihan kajian animasi 2D dengan pendekatan mixed methods
  • Peralihan teori pemprosesan maklumat ke konstruktivis
  • Mobil aplikasi dalam meningkatkan pemahaman konsep sains

Maka fokus anda seterusnya adalah membuat pencarian literatur berkaitan animasi 3D dan aplikasi mobil serta memahami pendekatan mixed-methods. Ini adalah contoh rangka sorotan literatur yang boleh difikirkan hasil dari jadual SM anda:

1.0 Konsep sains

2.0 Teori Pembelajaran Konsep Sains

2.1 Sistem Pemprosesan Maklumat

2.2 Teori Pembelajaran multimedia

2.3 Teori Beban Kognitif

3.0 Pendekatan konstruktivis dalam pembelajaran sains

3.1 Pendekatan konstruktivist kognitif – Piaget

3.2 Pendekatan konstruktivis sosial – Vygotsky

4.0 Animasi 3D dan aplikasi mobil dalam pendidikan sains

4.1 Animasi dalam kajian lepas

4.2 Aplikasi mobil

5.0 Kesimpulan

Selepas mendapat draf sorotan literatur maka anda boleh mula membaca, menulis dan terus menulis. Tulislah dahulu idea-idea utama dari artikel semasa yang anda baca. Bagi tajuk aplikasi mobil, berikut adalah contoh artikel yang perlu diteliti yang diperolehi dari pencarian Mendeley:

 

  • Arabacioglu, S., & Unver, O. U. (2016). Supporting inquiry based with mobile learning to enhance students’ process skills in science education. Journal of Baltic Science Education, 15(2), 216–232.

 

  • Zaldívar, A., Tripp, C., Aguilar, J. A., Tovar, J. E., & Anguiano, C. E. (2015). Using mobile technologies to support learning in computer science students. IEEE Latin America Transactions, 13(1), 377–382.

 

  • Moraes, E. P., Confessor, M. R., & Gasparotto, L. H. S. (2015). Integrating Mobile Phones into Science Teaching To Help Students Develop a Procedure To Evaluate the Corrosion Rate of Iron in Simulated Seawater. Journal of Chemical Education, 92(10), 1696–1699.

 

  • Looi, C. K., Sun, D., & Xie, W. (2015). Exploring Students’ Progression in an Inquiry Science Curriculum Enabled by Mobile Learning. IEEE Transactions on Learning Technologies, 8(1), 43–54.

 

  • Nikou, S. A., & Economides, A. A. (2016). The impact of paper-based, computer-based and mobile-based self-assessment on students’ science motivation and achievement. Computers in Human Behavior, 55, 1241–1248.

 

  • Looi, C. K., Sun, D., & Xie, W. (2015). Exploring students’ progression in an inquiry science curriculum enabled by mobile learning. IEEE Transactions on Learning Technologies, 8(1), 43–54.

 

  • Zydney, J. M., & Warner, Z. (2016). Computers & Education Mobile apps for science learning: Review of research. Computers & Education, 94, 1–17.

 

  • Lijanporn, S., & Khlaisang, J. (2015). The Development of an Activity-based Learning Model Using Educational Mobile Application to Enhance Discipline of Elementary School Students. Procedia – Social and Behavioral Sciences, 174, 1707–1712.

 

  • Abd Majid, N. A., & Husain, N. K. (2014). Mobile learning application based on augmented reality for science subject: Isains. Journal of Engineering and Applied Sciences, 9(9), 1455–1460.

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL