no comments

MEMAHAMI PEMBOLEHUBAH

Memahami Pembolehubah

Anda telah menemui istilah parameter, statistic dan pembolehubah.

Terdapat istilah lain yang juga  banyak digunakan seperti faktor. Berikut adalah sedikit penjelasan perbezaan antara istilah-istilah tersebut.

Parameter juga banyak digunakan dalam kajian sains, yang tidak merujuk kepada populasi secara langsung sepertimana yang difahami dalam kajian sains sosial. Parameter dalam kajian sains boleh difahami sebagai satu set faktor seperti tekanan dan suhu yang mewakili perubahan satu sistem yang apabila diubah-ubah akan mempengaruhi ciri sistem tersebut.

Contohnya system gas dalam pam basikal yang melibatkan dua faktor iaitu isipadu gas dan tekanan gas. Bila isipadu gas dikecilkan, maka tekanan gas akan bertambah dan menolak gas ke dalam tiup basikal. Jadi parameter dalam kes ini adalah isipadu gas dan tekanan gas. Sistem ini dianggap sebagai “populasi” kerana sistem tersebut menunjukkan sifat yang standard dan konsisten (isipadu menurun, tekanan menaik) yang boleh diguna pakai dalam apa sahaja sistem lain. Dalam erti kata lain, hubungan antara tekanan dan isipadu telah menjadi satu teori untuk populasi kajian sains.

Secara umum sebarang faktor yang boleh berubah-ubah seperti suhu, tekanan juga dinamakan pembolehubah. Dalam social sains, pembolehubah pula merujuk kepada sebarang entity yang mempunyai nilai yang berubah-ubah dari satu individu ke individu lain seperti IQ, EQ atau motivasi. Terdapat dua pembolehubah utama iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.

Sumber : Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL