no comments

Memahami Pembolehubah (Pembolehubah Luaran)

Pembolehubah luaran (extraneous variable) adalah pembolehubah tidak bersandar yang boleh mempengaruhi pembolehubah bersandar yang dikaji. Berbalik kepada contoh menonton berita. Kekerapan menonton berita (pembolehubah bersandar) dipengaruhi oleh umur (pembolehubah tidak bersandar). Selain daripada itu, isu semasa (pembolehubah luaran) yang berlaku juga mempengaruhi kekerapan menonton berita. Oleh itu, isu semasa adalah pembolehubah luaran yang perlu dikawal.

Pembolehubah luaran ini tidak dikehendaki dalam kajian, kerana mengganggu pembolehubah bersandar. Maksudnya, elakkan kajian menonton berita ketika berlakunya isu hangat sehingga semua orang yang kecil dan besar menonton berita, seperti peristiwa MH370. Ada baiknya anda tangguhkan dulu sehingga tiada berita yang sensasi berlaku. Ada juga penyelidik menamakan pembolehubah in sebagai confounding variable.

Sumber : SPSS Analisis data kuantitatif untuk penyelidik muda. (Othman Talib)

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL