Saya mendapat satu pengajaran dari tugasan yang dihantar oleh pelajar saya, iaitu menyiapkan “RESEARCH FRAMEWORK” (RF). Bukan sahaja pelajar yang belajar, saya juga turut belajar dan menimba pengalaman berharga.

Saya bagi tugasan RF tersebut selepas minta mereka buat proposal ringkas. Saya terkezut, tapi belum sampai ke peringkat tergolek dog. Hampir semua tugasan menggambarkan pelajar tidak jelas bagaimana membina RF. Tanpa RF yang mantap, samalah macam buat rumah guna tiang batang buluh jer. Anda pasang jer atap, ranap ler rumah anda tu.

Pengalaman berharga saya adalah sesuatu yang nampak mudah tetapi PENTING seperti membina persoalan kajian adalah satu perkara yang masih ALIEN bagi pelajar siswazah.

Pertama, tanpa persoalan kajian / hipotesis yang JELAS, pelajar yang masih novice pasti kelam kabut untuk menentukan instrument dan kemudiannya analisis data yang akan menjawab persoalan kajian atau menguji hipotesis tersebut. Buat research amende jika tak boleh jawab persoalan kajian.

Kedua, asal ada persoalan kajian jer, instrument terus tulis soal selidik, tak kisah ada ker tidak soal selidik yang nak diguna atau nak kena bina dan lain-lain. Itu belum tanya bentuk skor, skala, bilangan item, konstruk, reliability dan validity dan lain-lain berkaitan soal selidik tersebut. Semuanya nak guna alasan “nantilah saya fikirkan kemudian… ” yang akan memakan diri sendiri, sebab tulis proposal tebal mak datuk, tapi bahagian instrument, ciput jer satu ayat sahaja.

Memanglah boleh tulis jer soal selidik tetapi sepanjang penyediaan RF tersebut, mestilah dah ada idea dan penentuan instrument yang bakal digunakan dari pembacaan literature semasa menyediakan proposal. Paling baik instrument yang boleh diperolehi untuk digunakan khususnya kepada pelajar Master, yang PhD tu kenalah bina atau validate semula soal selidik yang nak digunakan.

Ketiga, tanpa instrument yang jelas, dan tanpa skala yang nak digunakan, maka analisis data akan jadi kabur, main “taramjer.

Sebagai pensyarah bertaraf biasa-biasa, ini satu cabaran bagi saya yang saya kena pikul bersama pelajar.

Jadi saya akan kemukakan beberapa entry dengan contoh RF yang kabur bagi dikongsi bersama. Sebab saya tahu, ALIEN yang sama juga dihadapi oleh rakan-rakan calon PhD atau Master di luar sana, termasuklah anda.

Berikut adalah antara RF yang dibina oleh pelajar, yang saya ringkaskan:

Contoh 1:

Persoalan Kajian:

Apakah faktor yang mempengaruhi stress dalam kalangan guru berdasarkan demografi?

Strategi:

Menentukan faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi stress berdasarkan pengalaman bekerja, jantina serta sesi mengajar.

Instrument:

Soal selidik.

Analisis:

Ujian-t bagi membandingkan skor pengalaman bekerja, jantina dan sesi mengajar.

Komentar:

Persoalan kajian dan instrumen yang terlalu umum. Skala instrument tidak dinyatakan dan bagaimana skor-skor akan diperolehi. Adakah pelajar akan membina soal selidik atau menggunakan soal selidik yang sedia ada? Mengapa pula ujian-t digunakan jika sekadar ingin mengetahui faktor yang mempengaruhi stress. Semuanya tidak synchronize!

Contoh 2: 

Persoalan kajian:

Bagaimanakah keberkesanan modul PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) dalam kalangan guru kemahiran hidup?

Strategi:

Meneliti keputusan peperiksaan pelajar selepas setahun menggunakan PBS, berbanding dengan keputusan peperiksaan pelajar tahun sebelumnya

Instrument:

Soalan peperiksaan.

Analisis:

Ujian-t. 

Komentar:

Sekali lagi, persoalan kajian terlalu umum. Persoalan kajian mesti dipecahkan kepada beberapa persoalan kajian yang lebih khusus, dengan menyatakan variable yang ingin dikaji. Keberkesanan tidak boleh ditentukan hanya dengan membandingkan keputusan peperiksaan dua batch yang berbeza. Juga, soalan peperiksaan yang diberikan kepada satu kumpulan / batch tidak memberikan apa-apa maklumat tentang keberkesanan PBS. Perbandingan min skor dua batch yang berbeza dengan ujian-t juga tidak boleh dilakukan. Pelajar sepatutnya menggunakan model generik seperti Model CIPP atau Model Kirk-Patrick misalnya untuk menilai keberkesanan perlaksanaan PBS kerana perlaksanaannya melibatkan satu kumpulan sahaja.

Oleh itu, selagi RF masih belum jelas, diperbetulkan, pelajar akan terkial-kial untuk meneruskan perjalanan. Hanya setelah mendapatkan RF yang jelas dan synchronize, barulah pelajar boleh mendalami lagi bacaan dan penulisan secara lebih fokus.

Sumber: Dr Othman Talib