no comments

Literatur Review – Jangan Jadi PENAKUT!

Literature Review – Jangan jadi PENAKUT!

Kat luar hujan turun. Wpun sejuk….. jantung saya panas…. bukannya apa tetapi GERAM….sebab ramai pelajar TAKUT meluahkan idea dalam menulis Literatur Review. Kalau bercinta…. idea keluar mencurah2  sampai bersambung dalam mimpi !!

  • Anda TAKUT untuk menulis Literatur Review  kerana fikiran anda fokus kepada petikan artikel MELEBIHI fokus anda kepada kajian sendiri – Betul tak?
  • Anda TAKUT untuk memetik dengan menghilangkan perkataan asal dari petikan – Betul tak?
  • Bila anda TAKUT, anda mengambil jalan mudah meringkaskan sahaja kajian lepas dan kalau boleh menterjemah sebijik2 apa yang anda baca – Betul tak?
  • Akhirnya Literatur Review anda menjadi himpunan ringkasan kajian lepas….. bukannya kupasan dan analisis dalam konteks kajian anda – Betul tak?

Maka andapun mulalah menulis seperti:

  • Othman (2007) said that….
  • Robert (2010) stressed that…
  • Mathews (2009) in his study argued that…..
  • Kajian oleh Salman (2009) dalam kajiannya mendapati ….
  • Shah Rukh (2007) telah menyenaraikan…..

Pembaca ingin membaca tulisan anda, kajian anda, mendengar suara anda dan hujah anda bukan ringkasan kajian lepas seperti di atas – Betul tak?

(Bayangkan anda sedang berbincang dengan pasangan anda tetapi asyik bercerita tentang bekas buah hati anda…..maka pasangan anda akan meluat….. samalah seperti membaca Literatur Review anda tetapi penuh dengan ringkasan2 kajian lepas…..meluat lah…….)

Fikirkan sejenak simulasi ini – Sepatutnya anda menulis dengan menutup mata, tulis apa sahaja yang anda mahu tentang kajian anda. Jadi barulah pembaca akan MEMBACA idea anda dan suara anda.

Tapi anda tak boleh buat begitu sepenuhnya kerana Literatur Review memerlukan citation bagi memantapkan tulisan anda, maka anda perlulah merujuk kepada kajian lepas. TETAPI ini bukan bermakna anda meringkaskan artkel yang anda rujuk!

Katakan anda ada petikan berikut dan anda ingin gunakan untuk kajian anda berkaitan “miskonsepsi dalam sains”. Baca dengan teliti.

Sumber Dr Othman Talib

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL