no comments

LIMA CONTOH PERNYATAAN “GAP” DALAM LITERATURE REVIEW

Bertuah pelajar la ni, semuanya ada depan mata. Ada articles online, discussion group, Facebook support, email, dan nak tulis pun dah ada Dropbox! Yang nak dengar celoteh pun ada, dengan mengikuti bengkel, tahu apa itu heading, subheading, subheading, caption, SPSS dan lain-lain. Dulu semuanya kena buat “try-and-error”. Bila disuruh oleh SV untuk menyatakan “gap” dalam kajian Master saya, khususnya dalam research statement, saya kebingungan, saya tak der pilihan, selain menggunakan “try-and-error” approach. Nak tanya kawan-kawan, semua pakat-pakat tanya saya semula!

Apapun, setelah mengharungi semunya itu, saya inginlah berkongsi sedikit panduan kepada kawan-kawan semua, penulisan yang dikatakan dapat menggambarkan “gap” yang dimaksudkan, khususnya dalam research statement. Oleh kerana kajian dalam sains sosial sangat luas, saya hanya memberikan contoh-contoh ayat yang menyatakan “gap” kajian (bahagian yang bergaris). Ayat-ayat tersebut perlulah dihuraikan lagi dengan memberi argument mengapa kajian tersebut penting dengan menjawab – kerana:

  1. Teori A telah menguji tiga faktor dalam… (Brown, 2009). Walau bagaimanapun terdapat satu lagi faktor yang perlu diuji keberkesanannya iaitu … kerana faktor ini …
  2. Aplikasi teori A (Brown, 2009) tidak dapat menerangankan penyelesaian kepada masalah tersebut secara menyeluruh kerana perlaksanaannya terbatas kepada satu kumpulan pelajar cemerlang sahaja. Dengan ini, teori A perlu diuji kepada pelajar bermasalah pembelajaran pula kerana kumpulan ini adalah pelajar yang mewakili peratusan tertinggi di…
  3. Walaupun terdapat kajian lepas seperti Red (2001), Brown (2003) dan Yellow (2010) menguji teori A, namun kajian-kajian tersebut dijalankan secara berasingan dan dalam konteks yang berbeza. Oleh itu satu kajian yang komprehensif perlulah dijalankan bagi menjawab permasalahan berkaitan dengan… kerana…
  4. Kajian lepas seperti Red (2001), Brown (2003) dan Yellow (2010) telah mengkaji aspek jantina dan SES responden, namun tiada satu kajian pun yang telah mengkaji aspek IQ bagi menjelaskan mengapa aspek IQ perlu dikaji kerana…
  5. Kajian terdahulu seperti Red (2001), Brown (2003) dan Yellow (2010) hanya membuat andaian bahawa… Oleh itu, satu kajian perlulah dijalankan bagi menjelaskan faktor disebalik fenomena / gejala… kerana…

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL