no comments

Lima Cara Menulis Petikan

Lima cara petikan (citation) dalam penulisan sorotan:

1. Black (2009) revealed / claimed that boys are better than girls in creativity.

Cara penulisan ini menunjukkan Black (2009) adalah penyelidik yang penting, tersohor dan ternama dalam bidang creativity yang mengkaji creativity dengan gender maka layak di tulis sebagai ‘Black (2009) revealed / claimed…’

2. Previous studies (e.g. Black, 2009; Clark, 2008) revealed that boys are better than girls in creativity.

Cara penulisan begini menunjukkan banyaknya kajian lepas dalam creativity yang membawa idea yang hampir sama maka anda hanya memberi contoh (e.g) dua daripadanya iaitu Black (2009) dan Clark (2008).

3. Boys are better than girls in term of creativity ( Black, 2009; Clark, 2008) when asked to produce creative products.

Cara ini digunakan apabila anda ingin menerbitkan suara anda bahawa anda tahu ‘boys are better than girls in term of creativity’ dengan sokongan dari Black (2009) dan Clark (2008). Anda cuba tekankan idea anda dengan sokongan pernyataan tersebut.

4. Previous studies revealed that boys are better than girls (see Black, 2009; Clark, 2008) in creativity.

Cara begini digunakan apabila kajian Black (2009) dan Clark (2008) sangat releven dengan apa yang anda ingin sampai sehingga anda mempelawa pembaca membaca (see) artikel Black dan Clark jika inginkan maklumat lanjut.

5. Previous studies revealed that boys are better than girls in creativity (Black, 2009; Clark, 2008)

Pernyataan ditulis apabila anda ingin tekan idea yang penting dari kajian lepas, bukannya penulis. Cara ini berlawanan dengan cara penulisan (1) yang pentingkan penulisan dahulu.

 

Sumber: Dr Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL