no comments

Lima (5) Teknik Insert Citation Dalam Literature Review

Lima (5) Teknik Insert Citation Dalam Literature Review

Saya kagum dengan ramainya individu yang telah menjadi calon master dan PhD di IPTA. Ini bermakna bertambahnya postgraduate…dan perlunya persediaan mantap membuat tesis. Ramai calon-calon yang termenung juga untuk menyiapkan proposal, tesis khusus dalam penyediaan Literature Review.


Satu aspek dalam Literature Review adalah citation. Oleh kerana anda tidak ada pengetahuan khusus, maka penulisan citation biasanya adalah ikut2an dari tesis2 yang lepas.


Perhatikan beberapa bentuk citation dalam Literature Review yang dibuat secara dummy sahaja….


1. Black (2009) and Clark (2008) revealed that boys are better than girls in creativity.


2. Previous studies (e.g. Black, 2009; Clark, 2008) revealed that boys are better than girls in creativity.


3. Boys are better than girls in term of creativity (Black, 2009; Clark, 2008) when asked to produce creative products.


4. Previous studies revealed that boys are better than girls (see Black, 2009; Clark, 2008) in creativity.


5. Previous studies revealed that boys are better than girls in creativity (Black, 2009; Clark, 2008)


Persoalan saya yang pertama:
Cuba bandingkan kelima-lima citation di atas dan cari perbezaannya?


Tak tahu? Alahai…. takkan tak tahu… abih camno U tulis selama ini?
Ikut sedap tangan jer… iskh2 mana boleh cam tu !!

Izinkan saya berikan penerangan ringkas mengikut pengalaman saya… sebab benda2 ni memang tak tertulis dalam kitab manapun melainkan tersirat….


1. Ini menunjukkan Black dan Clark adalah penyelidik yang penting, tersohor dan ternama dalam bidang creativity sebab itu nama mereka ditulis dahulu, baru diikuti dengan hasil kajian mereka.


2. Cara penulisan begini menunjukkan banyak sangat kajian lepas dalam creativity yang hampir2 sama maka anda hanya memberi contoh (e.g) dua daripadanya iaitu Black dan Clark.


3. Cara begini digunakan apabila anda ingin menerbitkan suara anda bahawa anda tahu “boys are better than girls” dengan sokongan dari Black dan Clark. Anda cuba highlightkan idea anda….. tapi anda perlukan sokongan citation.


4. Cara begini digunakan apabila kajian Black dan Clark sgt relevant dengan apa yang anda ingin sampaikan sehingga anda mempelawa pembaca melihat artikel Black dan Clark jika inginkan maklumat lanjut.


5. Pernyataan ditulis apabila anda ingin highlight kan idea yang penting….. bukannya penulis. Cara ini contradict dengan cara penulisan (1) yang highlightkan penulis dahulu.


Kwang-kwang-kwang…


Moga anda bertambah satu lagi maklumat dalam penulisan Literature Review..


Sumber Dr Othman Talib

Dari Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL