no comments

LIMA (5) MITOS PHD DAN MASTER

LIMA (5) MITOS PHD DAN MASTER

Saya menggemari rancangan Mythbusters, kerana banyak mitos yang diterangkan benar tetapi akhirnya dibuktikan palsu. Membuat PhD atau Master juga ada mitosnya. Saya cuba senaraikan 5 mitos dari kupasan secara ringkas sama ada benar atau sebaliknya.

Mitos 1 – Menjadi calon PhD atau Master bermakna menempuh saat paling getir dalam hidup.

Menjadi calon PhD atau Master sebenarnya satu pengiktirafan kemampuan anda untuk menyumbang sesuatu yang baru kepada pengetahuan dalam bidang kajian anda, khususnya melalui penyelidikan yang anda lakukan. Nikmatilah saat yang hanya datang seumur hidup ini sehingga anda benar-benar diiktiraf melalui gelaran “Dr”. Jadikan ini sebagai SAAT TERINDAH DALAM HIDUP ANDA!

Malangnya anda beranggapan kesulitan dan kegetiran itu satu kemestian dan anda membiarkan diri anda merasakan kegetiran tersebut sebagai justifikasi menjadi calon Master / PhD. Ini tidak betul!

Mitos 2 – Tiada jalan mudah bagi calon PhD atau Master menghasilkan kajian.

Terlalu banyak cara yang boleh membantu anda menjadi calon yang berjaya. Mulakan dengan langkah yang betul seperti mencari kajian gap dan tentukan rangka kerja penyelidikan, bukannya mengemukakan tajuk kajian secara syok sendiri tanpa pembacaan awal yang mendalam.

Malangnya anda tidak mempunyai panduan untuk memulakan kajian anda dan mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan jurang dan rangka kerja penyelidikan anda. Anda terlalu sibuk mencari tajuk kajian bukanlah perkara pertama yang perlu dicari. Malah paling sadi pun apa itu gap dan rangka kerja penyelidikan dan kenapa anda perlu memulakan kedua-duanya terlebih dahulu, menyebabkan anda terkial-kial dalam perjalanan dan menjadikannya semakin getir, walaupun anda tidak melalui semua itu!

Mitos 3 – Membuat penyelidikan peringkat PhD atau Master h bekerja berseorangan.

Dunia telah berubah. Maklumat bukan hanya di hujung jari and malah di hujung jari rakan seperjuangan anda. Terdapat ramai rakan yang membantu anda memberi penjelasan dan mendapatkan artikel. Mulakan penulisan secara sistematik seawal mungkin

Mitos 4 – Menunggu benar-benar bersedia baru memulakan penulisan.

Menulis tesis adalah sesuatu yang rumit kerana manuskrip yang dihasilkan secara terperinci. Oleh itu, anda perlu memulakan cadangan menulis semester 1 tanpa perlu menunggu Supervisor. Lagi awal anda dapat membuat Document map / Navigation Pane untuk tujuan anda lancar dan sistematik supaya lebih kukuh dan pemahaman menyeluruh kepada penyelidikan. Pelajarilah menulis thesis secara efisien dan cepat melalui aplikasi, nescaya menulis anda dapat menyusun informasi dalam proposal anda dengan membangunnya.

Mitos 5 – PhD atau Master hanya untuk mereka yang muda, genius yang membuat kajian yang dahsyat-dahsyat.

Kajian peringkat Master / PhD hanya sebagai satu syarat untuk mendapatkan ijazah PhD atau Master untuk calon yang boleh bekerja secara sistematik. Menghasilkan PhD atau Master hanya satu usaha “Sumbangan kepada pengetahuan’’ dan bukannya bertujuan untuk mengubah dunia atau polisi atau menghasilkan sesuatu yang super “original”‘ atau membuat sesuatu yang belum pernah dibuat sebelumnya. Jika anda benar-benar ingin mengubah “dunia”, selesaikan dahulu PhD anda!

Sumber: Dr Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL