no comments

LIMA (5) MITOS PHD DAN MASTER!

Saya menggemari rancangan Mythbusters, kerana banyak mitos yang diterima sebagai benar tetapi akhirnya dibuktikn palsu. Membuat PhD atau Master juga ada mitosnya. Saya cuba senaraikan 3 daripada mitos tersebut, dan memberi kupasan secara ringkas sama ada mitos tersebut benar atau sebaliknya.

Mitos 1 – Menjadi calon PhD atau Master bermakna menempuh saat paling getir dalam hidup.

Menjadi calon PhD atau Master sebenarnya satu pengiktirafan kemampuan anda untuk menyumbang sesuatu yang baru kepada pengetahuan dalam bidang kajan anda, khususnya melalui penyelidikan yang anda lakukan. Nikmatilah saat yang hanya datang sekali seumur hidup ini sehingga anda benar-benar diiktiraf melalui gelaran “Dr”. Jadikan ini sebagai SAAT TERINDAH DALAM HIDUP ANDA!

Malangnya anda beranggapan kesulitan dan kegetiran itu satu kemestian dan anda membiarkan diri anda merasai kegetiran tersebut sebagai justifikasi menjadi calon Master/PhD. Ini tidak benar!

Mitos 2 – tidak ada jalan mudah calon PhD atau Master menghasilkan kajian.

Terlalu banyak cara yang boleh membantu anda menjadi calon yang berjaya. Mulakan dengan langkah yang betul seperti mencari gap kajian dan mantapkan reseacrh framework, bukannya mengemukakan tajuk kajian secara syok sendiri tanpa pembacaan awal yang mendalam.

Malangnya anda tidak ada panduan untuk memulakan kajian anda maka anda mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan gap dan research framework anda. Anda terlalu sibuk mencari tajuk kajian yang sesuai, sedang tajuk kajian bukanlah perkara pertama yang anda perlu cari. Malah paling sadis, anda tak tahu pun apa itu gap dan research framework dan kenapa anda perlu memantapkan kedua-duanya terlebih dahulu, menyebabkan anda terkial-kial sepanjang perjalanan anda dan menjadikannya semakin getir, walhal anda tidak perlu melalui semua itu!

Mitos 3 – Membuat penyelidikan peringkat PhD atau Master bermakna anda bekerja berseorangan.

Dunia telah berubah. Maklumat bukan sahaja di hujung jari anda tetapi juga di hujung jari rakan-rakan seperjuangan anda. Terdapat ramai pakar dan rakan-rakan yang sudi membantu anda memberi penjelasan dan mendapatkan artikel-artikel. Ambil tahu dan join rangkaian facebook, bloog, dan lain-lain (seperti Doctorate Support Group) bagi anda meminta bantuan merentasi sempadan IPTA malah sempadan geography.

Malangnya, anda tidak joint mana-mana group, tiada discussion group dan dok termenung sendirian mengenang nasib.

Sumber : Dr Othman Talib

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL