no comments

Lima (5) Jenis supervisors

Supervisors bukan macam beli kereta, boleh kita pilih-pilih, nak Proton ke, nak Honda ke, atau BMW, nak metallic atau solid ke, manual atau auto.

Supervisors pulak ada macam-macam style, ada 1001 styles, tapi secara kasarnya :

Pertama ; Authotarian

Anda lambat je dia cari dan hambat anda! anda kena tahan sikit, Sv ini suka tunjuk authority dia, semua kena ikut cakap dia.

Jika anda cakap “saya tak tahu” atau ” saya tak faham”, dia akan anggap anda malas, tapi kalau anda dapat tunjukkan anda juga tahu malah lebih tahu dari dia, dia akan respect anda.

Kedua ; Democratic

Anda lambat atau tak buat apa-apa, Sv anda rilex je! Emmmm, yang ini anda boleh buat bincang, open minded, tapi anda kenalah tunjukkan intelectual competency anda. Kalau anda rilex je, jawabnya tak siaplah thesis anda. Dan kalau anda sentiasa tunjukkan progress, sure dia suka dekat anda dan sanggup jadikan research anda macam research dia jugak. Anda tak nak ke?

Ketiga ; Sv yang berada antara yang pertama dan kedua.

Anda lambat je dia mintak reason dan suka bagi idea tapi tak paksa anda ikut, anda masih ada ruang untuk memberi cadangan. Cuma anda jangan take thing for granted, tunggu Sv anda bagi cadangan sedangkan anda tak buat apa-apa.

Mana yang bagus, pertama, kedua atau ketiga?

Tiga-tiga punbagus, sebab anda yang kena sesuaikan diri anda, bukan sebaliknya. Sebabnya, peringkat postgraduate anda kena buat semuanya sendiri. Jangan tunggu kena hambat atau tak buat apa-apa. Jika Sv anda rilex je, anda yang kena ambil inisiatiif.

Sebenarnya ada yang kedua lagi, keempat dan kelima, tapi bukan sangat masuk jenis Sv tetapi isu yang lain sikit.

Keempat ;

Ada Sv baru siap PhD, tengah panas. Dah lama dia mengidam title Dr. tu, bila dapat je, fulamak. Macam dia tahu seua benda berkaitan research. Perkataan yang famous kalau Sv ini jenis ego-centric adalah “kalau saya dulu boleh buat, kenapa tidak awak?”, “saya dulu susah payah cari itu dan buat ini, awak pun kenalah bersusah payah jugak”, “Ini pun tak tahu, dulu saya semua buat sendiri”.

Kelima ;

Yang kelima ini bukan Sv baru, dah otai tapi tak berapa kisah nak upgrade knowledge dia di luar bidang kepakaran. Maybe dah jadi Prof. atau Prof. Madya sebab banyak juga paper yang student Master dan PhD dia dah tulis. Jika dia expert kualitatif ini, dia tak kisah hal kuantitatif. Jadi, diatak boleh nak advice hal-hal kuantitatif ini. Kalau bab bercakap dan bagi nasihat, fuhhhh, sebab otailah katakan, dan memang terbukti hebat dalam bidang da cara dia analisis. So bagi jenis yang ke-5 ini, elok jadi anda membuat kajian yang ngam degan kepakaran dia.

Sumber Othman Talib

Dari : Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL