no comments

Laporkan ujian-t dengan saiz kesan !!

Kembali semula ke dunia statistik. Aku ingin menulis sedikit bagaimana t-test boleh dilaporkan dengan lebih menyeluruh lagi, bukan sekadar “signifikan kerana p < .05” sahaja dengan adanya tambahan laporan saiz kesan (effect size, ES).

Apa itu ES(Effect Size@Saiz Kesan) ?

ES adalah kekuatan hubungan antara IV dan DV (symbol r) atau magnitude perbezaan pada DV disebabkan oleh IV (symbol d).

Bagi yang buat t-test bagi kajian eksperimen, katakan kajian membandingkan Ujian A, B dan C (DV) antara jantina (IV).
Selepas jalan SPSS inilah jadual yang kau dapat. Maka jangan lupa kau laporkan jugak ES(Effect Size@Saiz kesan):

1.

Levene’s test menunjukkan kumpulan lelaki dan perempuan mempunyai varian skor yang homogen dalam ketiga2 ujian sebab kesemua perbezaan ini tidak signifikan.

2.

Ujian A: Nilai t = 2.70 melebihi nilai t kritikal pada 95% tahap keyakinan, p < .05. maka kumpulan lelaki mempunyai skor min Ujian A yang lebih tinggi berbanding kumpulan perempuan.

Ujian B: Nilai t = -.900 lebih kecil berbanding nilai t kritikal pada 95% confidence level, p > .05. maka kumpulan lelaki mempunyai skor min Ujian B yang tidak berbeza secara signifikan berbanding kumpulan perempuan.

Ujian A: Nilai t = 2.45 melebihi nilai t kritikal pada 95% confidence level, p < .05. maka kumpulan lelaki mempunyai skor min Ujian C yang lebih tinggi berbanding kumpulan perempuan.

3.

Ujian A: nilai skor bagi 95% selang keyakinan (95% perbezaan skor berada antara skor 1.05 dan 6.97) bermakna kewujudan perbezaan skor bagi kumpulan lelaki boleh jadi sekecil 1.05 sehinggalah 6.97 dari markah maksimum, katakan 20.

Ulangi lah dgn Ujian B dan C, letih lah aku nak tulis….

  1. Saiz kesan (effect size, ES)

Nilai saiz kesan, d tidak dilaporkan dalam jadual ujian-t tetapi elok bebeno la jika dapat dikira bagi menguatkan laporan kajian.

Katalah SD bagi Ujian A adalah 6.2 yang boleh diperolehi dari jadual deskriptif.

Maka:

d = Perbezaan min skor / SD = 4.00 / 6.2 = 0.64. Nilai ini mengikut Cohen adalah “between medium and large” ES. Nilai 0.64 ini adalah penunjuk bahawa jantina memberikan kesan perbezaan skor Ujian A antara sederhana ke besar bagi lelaki berbanding perempuan.

Sumber : Blosgpost Dr.Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL