no comments

LANGKAH-LANGKAH YANG TERLIBAT DALAM PROSEDUR ANALISIS PENGESAHAN FAKTOR (CFA)

  1. Laksanakan Analisis Pengesahan Faktor (CFA) untuk model gabungan (Pooled Model).
  2. Menilai Indeks Kesepadanan (fitness indexes) yang diperolehi daripada prosedur CFA.
  3. Bandingkan dengan indeks yang disenaraikan dalam Jadual 1. Jika indeks yang diperoleh tidak mencapai tahap yang diperlukan, periksa nilai pemberat faktor setiap item.
  4. Kenalpasti item yang mempunyai nilai pemberat faktor yang kurang dari 0.6
  5. Singkirkan item yang dikenalpasti itu kerana ianya menjejaskan indeks kesepadanan.
  6. Singkir satu item pada satu masa (pilih item yang mempunyai nilai pemberat faktor yang terendah untuk disingkirkan terlebih dahulu).
  7. Ulang semula prosedur Pooled-CFA untuk model pengukuran setelah item itu disingkirkan.
  8. Periksa semula nilai Indeks Kesepadanan – ulangi langkah 3-5 sehingga Indeks Kesepadanan untuk model tersebut dicapai.
  9. Jika Indeks Kesepadanan masih rendah walaupun item telah disingkirkan, ada kemungkinan masalah item berulang (redundant) berlaku dalam model.
  10. Dapatkan Indeks Modifikasi (Modification Indices,MI) daripada output teks.
  11. Nilai tinggi (MI > 15) menunjukkan terdapat beberapa item yang berulang (redundant) di dalam model pengukuran konstruk tersebut.

Untuk menyelesaikan masalah item berulang (redundant), penyelidik boleh memilih salah satu daripada dua opsyen seperti berikut:

Pilihan 1: 

  1. Singkirkan salah satu item yang berulang (pilih item pemberat faktor yang lebih rendah)
  2. Laksanakan semula analisis model pengukuran baru. Ulang langkah-langkah di atas.

Pilihan 2:

  1. Kekang (constraint) dua ralat pengukuran item yang berulang itu dengan menggunakan anak panah dua hala (double-headed arrow).
  2. Laksanakan semula prosedur CFA prosedur terhadap model pengukuran baru. Ulang langkah-langkah di atas.

12. Akhir sekali, dapatkan nilai AVE dan CR untuk menilai kesahan konvergen dan kebolehpercayaan komposit setiap konstruk dalam kajian ini.

13. Laporkan ukuran kenormalan (normality) taburan untuk item-item yang dikekalkan dalam model pengukuran konstruk tersebut.

Nota: Nilai pemberat faktor yang boleh diterima, tahap indeks kesepadanan, dan juga kaedah pengubahsuaian atau modifikasi kepada model pengukuran adalah berbeza-beza antara literatur.

SUMBER: Buku Pendekatan Mudah SEM

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL