no comments

Langkah – Langkah Yang Terlibat Dalam Prosedur Analisis Pengesahan Faktor (CFA)

1. Laksanakan Analisis Pengesahan Faktor (CFA) untuk model gabungan (Pooled Model).
2. Menilai indeks Kesepadanan (fitness indexes) yang diperolehi daripada prosedur CFA.
3. Bandingkan dengan indeks yang disenaraikan dalam Jadual 1. Jika indeks yang diperoleh tidak mencapai tahap yang diperlukan, periksa nilai pemberat faktor setiap item.
4. Kenalpasti item yang mempunyai nilai pemberat faktor yang kurang dari 0.6
5. Singkirkan item yang dikenalpasti itu keraina ianya menjejaskan indeks kesepadanan.
6.Singkir satu item pada satu masa (pilih item yang mempunyai nilai pemberat faktor yang terendah untuk disingkirkan terlebih dahalu).
7. Ulang semula prosdeur Pooled-CFA untuk model pengukuran setelah item itu disingkirkan.
8. Periksa semula nilai indeks kesepadanan – ulangi langkah 3-5 sehingga indeks kesepadanan untuk model tersebut dicapai.
9. Jika indeks Kesepadanan masih rendah walaupun item telah disingkirkan, ada kemungkinan masalah item berulang ( redundant ) berlaku dalam model.
10. Dapatkan indeks modifikasi (modifciation indices , MI) daripada output teks.
11. Nilai tinggi (MI>15) menunjukkan terdapat beberapa item yang berulang (redundant) di dalam model pengukuran konstruk tersebut.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL