no comments

LANGKAH CARI TAJUK KAJIAN

Saya akan cuba aturkan apa yang perlu anda fikirkan sebelum anda boleh dapat satu TAJUK yang “sesuai” secara simple sebab dah tidak larat nak tulis panjang-panjang maklumlah dah petang-petang macam ni pula.

Saya bagi contoh supaya mudah.

Pertama

Field of study – Computer education

Pastikan anda mempunyai asas (terutama dari peringkat undergrad) dalam field of study. Jika anda dari pendidikan komputer maka field of study anda adalah computer education, jangan anda menggatal nak bertukar ke field of study lain plak. Dengan itu, segala-segala yang berkaitaan dengan computer education selepas ini mesti ada dihujung jari anda !!

Kedua

Topic – Mobile application

Dari pembacaan dalam scholarly literature computer education yang beribu-ribu, anda akan menemui pelbagai gap / perbahasan / argument / issues dalam field of study tersebut. Dari perbagai isu dalam computer education, anda jumpa e-learning, m-learning, e-learning, web-based learning, multimedia learning, animation dan lain-lain, maybe anda nak memilih topic yang sesuai dengan minat anda, katakan mobile application sebab topik ini masih fresh berbanding dengan yang lain.

Maksudnya kalau anda tidak mencari artikel dan mula membaca (gunalah MENDELEY), baik anda diam-diam jer dulu !!

Ketiga

Area of Investigation – learning model for mobile application in Chemistry

Selepas mendapat topic (ingat, belum lagi tajuk kajian), carilah pula area of investigation yang anda nak jalankan kajian berkaitan dengan mobile application.

Katalah anda nak jalankan kajian dengan membina model untuk mobile application dalam kimia, kerana belum ada model yang dibuat lagi (ini satu gap) maka anda menjurus pula pembacaan kepada artikel / bahan berkaitan pembinaan sesuatu model / modul.

Keempat

Original dan significant contribution to the knowledge

Ketahuilah bahawa bottom line kajian untuk master / PhD mestilah original dan novel (maksudnya anda lakukan kajian secara independent dan ada unsur contribution to the knowledge untuk mengembangkan lagi pengetahuan dalam computer education.

Kelima

Interesting

Jika ada peluang, carilah tajuk yang menarik minat scholars dalam bidang yang sama atau mereka yang dalam bidang yang hampir-hampir sama. Maksudnya bila ada presentation, ramai yang tertarik dengan tajuk anda,  bukan bila anda present, yang datang hanya anda, pengerusi dan presenter sahaja tanpa audien.

Keenam

Time-based

Bolehkah skop tajuk tersebut disiapkan dalam tempoh pengajian anda? Jangan sampai anda nak buat mixed method, bina instrument sampai tidak sempat 3 tahun nak siap. Supervisor patut boleh memberi pendapat dalam hal ini.

Ketujuh

Rigorous

Bolehkan kajian dijalankan secara rigorous, maksudnya terdapat banyak literature bagi kupasan secara kritis dan mendalam, analisis data dapat menggunakan intermediate ataupun advanced statistik, bukan sekadar descriptive sahaja. Kalau literature pun dangkal, sukarlah jadi rigorous.

Kelapan:

Researchable

Jangan cari topik yang sukar mendapat sampel, atau sampel terlalu exclusive, VIP, skop kajian terlalu luas sampai satu MALAYSIA, variable terlalu banyak, atau terlalu baru dalam scholarly literature sampai sukar nak jumpa artikel. Jangan topik yang maybe tiada teori yang mantap atau yang menyentuh polisi orang politik yang boleh berubah-ubah atau yang menyentuh kepentingan pihak atasan atau anda menerima tajuk bombastic dari supervisor atas nama geran, RA dan lain-lain yang tidak tercapai akal anda untuk jalankan dan lain-lain yang anda fikirkanlah sendiri !!

Kesembilan

Tajuk – So what?

Dah selesai lapan langkah di atas, bolehlah anda rangka TAJUK kajian. Namun, jangan sampai tajuk kajian anda “senang-senang” boleh dijangka jawapannya atau yang tidak ada soalan untuk dijawab.

Kajian seperti keberkesanan ICT berbanding buku, maybe dah tidak berapa sesuai untuk master / PhD kerana anda boleh jangka jawapannya, dari kajian-kajian lepas.

Kalau kajian “Hubungan antara faktor X dan Y” dan anda tidak boleh jawab “So what?” maka kajian tersebut tidak sampai makam master / PhD.

Kajian seperti “Pelaksanaan Aktiviti Masjid ABC Sebagai Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat” pula tiada apa yang perlu dijawab. Kajian seperti satu pernyataan sahaja. Tajuk ini pun tidak akan menjawab apa-apa dengan persoalan “So what?” atau jawapannya tidak memberi makna

Kesepuluh:

Selepas anda yakin dan bersedia dengan sembilan perkara di atas barulah anda tetapkan TAJUK kajian anda untuk dibawa berbincang dengan supervisor, bukan awal-awal lagi dah siap tajuk dalam kepala anda yang kosong !!

Paling best ramai yang terus melompat ke langkah kesepuluh then tanya soalan cepumas kepada supervisor “Sesuai tidak tajuk kajian saya ni” !!

Sumber : DR. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL