no comments

LAKUKAN PERKARA YANG BETUL PADA PERTAMA KALI

Dalam pengajaran sains ada satu strategi namanya MASTERY LEARNING (ML). ML bertujuan memecahkan objektif pengajaran kepada objektif yang lebih kecil yang mudah dicapai.

Dalam dunia POSTGRADUATE (PG) hal yang sama boleh dipraktiskan. Mula-mula anda hendaklah menguasai dahulu topic dan area of investigation yang anda berminat untuk membuat kajian. Sebelum mencapai matlamat tersebut. Anda boleh sahaja pecahkan lagi kepada matlamat lebih kecil yang lebih mudah dicapai. Berikut contoh 3 langkah tersebut:

Langkah Pertama:

Mencari article / bahan rujukan secara selective dan sensitive dalam topic dan area of investigation melalui GABUNGAN penggunaan operator Boolean (AND, OR, NOT), signage operator (*, +, -, ?), operator specific dari mana-mana reference manage (eg. ELSIVIER melalui Mendeley menggunakan operator yang unik) atau mana-mana publisher (dengan fungsi advanced search).

Jika anda tidak jelas apa yang saya tulis di atas bermakna anda tidak tahu “How to do things right the first time”.

Ingat, bukan TAJUK kajian yang pertama anda perlu cari dan risaukan… tapi pencarian artikel yang releven dengan topic dan area of investigation.

Langkah Kedua:

Selepas membaca mainstream articles, anda perlu tahu argument / isu / problem yang telah wujud dalam topic dan area of investigation yang menjadi kajian sehingga kini. Kalau tidak tahu… camner anda nak mendapatkan satu argument “baru” untuk kajian anda pula yang boleh menyumbang kepada knowledge.

Contoh:
Kebanyakkan kajian lepas membuat kajian berkisar kepada argument seperti berikut sebagai contoh – Guru hadapi kesukaran mengajar konsep sains yang kompleks. Argument yang wujud ini boleh diwakilkan dengan thesis statement yang umum seperti:

“Pengajaran sains memerlukan bahan pengajaran yang memudahkan penerangan konsep abstrak (topic), oleh itu bahan pengajaran multimedia diperlukan kerna keupayaan multimedia menggabungkan unsur audio, video dan text bagi memudahkan pemahaman konsep yang abstrak (argument) melalui pembinaan bahan pengajaran multimedia berasakan multimedia learning teori (support)

Setelah membaca pelbagai artikel, thesis statement di atas telah banyak dikaji dan saturated, maka anda memerlukan satu thesis statement yang “baru” walaupun dengan topic yang sama. Ketika inilah anda melihat potensi gabungan animation dan instructional strategy pula.

Maka thesis statement kajian anda menjadi:

“Pengajaran sains memerlukan bahan pengajaran yang memudahkan penerangan konsep abstrak (topic masih sama), oleh itu perlulah dibina animasi dengan ciri konstruktivis yang digabungkan dengan instructional strategy (argument) melalui pembinaan bahan pengajaran multimedia berunsurkan animasi konstruktivis yang interaktif dan boleh dikawal bagi menvisualkan konsep sains yang abstrak (support)”

Langkah Ketiga:

Setelah jelas apakah thesis statement anda, bolehlah merangka pernyataan masalah pula seperti ringkasan:

  1. Pengenalan:

Multimedia hanya salah satu medium pengajaran.

ii.Masalah:
Apa sahaja medium pengajaran KURANG BERKESAN jika dipersembahkan tanpa strategi pengajaran yang sesuai.

Oleh itu bahan multimedia juga KURANG BERKESAN tanpa strategi pengajaran yang sesuai (author, year)

Gabungan video, audio dan text hanyalah COSMETIK jika tidak dibina berdasarkan apa-apa strategi pengajaran.

iii.Support
Bahan multimedia dalam bentuk animation yang dibina dengan pendekatan konstruktivis boleh visualkan konsep abstrak
Animation berpotensi untuk meningkatkan pemahaman jika digabungkan dengan instructional strategy mastery learning

Saya termenung – Kenapa agaknya di Malaysia tidak kisah sangat pasal tiga aspek di atas, acapkali saya dengar pengucapan pertama supervisor  adalah:
Apakah tajuk kajian nak buat ?

Kenapa nak buat tajuk ini ?

Apa isu nak dikaji?

Cukuplah soalan-soalan ini mematikan suis otak pelajar untuk memberikan jawapan kerana tidak kisahpun tiga langkah-langkah awal yang saya bincangkan di atas yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL