no comments

Kriteria thesis yang terbaik, samada GOT-original atau SOT?

Aku ingat lagi. Ada yang perli serta mencebek bibir bila aku mula-mula menulis dalam blog yang menyarankan bahawa thesis PhD / Master perlu disiapkan dalam tempohnya sambil mengubah pelajar yang “baru belajar” kpd “expert in the making”. Jadi, antara saranan aku supaya kuasai bidang kajian, pilihlah tajuk kajian yang memudahkan anda untuk Gred-On-Time (GOT)!

Malah aku telah mendefinisikan Thesis yang terbaik adalah Submitted-On-Time (SOT) supaya boleh GOT kerana bagi aku thesis yang terbaik bukanlah thesis yang “original” dan kononnya mesti memberi impak kepada mana-mana pihak.

Antara kriteria untuk menghasilkan thesis yang terbaik

Pertama:
Satu fakta yang aku nak bagitahu, antara kriteria the best thesis adalah thesis yang mengutarakan tajuk yang penting, thesis yang ditulis dengan baik, tesis yang ada “unsur” originality.

Secara ringkas, tiada thesis yang sepenuhnya original sebab dari format, research method, analisis data malah theory dan literature review semuanya telah ada. Lihat sahaja citation2 dalam thesis (maknanya telah dijalankan sebelumnya). Mungkin isu baru atau variable baru dalam kajian yang menjadikan thesis ada unsur originality, bukannya thesis tersebut keseluruhannya original.

Kedua:
Katalah setiap tahun ada 100 thesis dihasilkan dari sebuah IPTA setiap kali konvo. Dalam 100 tu berapa agaknya yang betul2 original? Tentu tak ada. Yang ada adalah thesis yang menepati criteria wajib, itupun dah cukup baik dgn unsur originality.

Ketiga:
Jgn lupa, katalah 100 thesis tersebut dihasilkan oleh 100 pelajar PhD, sedangkan IPTA tersebut mungkin mempunyai 5000 pelajar PhD dgn 500 darinya pula sudah luput tarikh cuti belajar mereka beberapa semester. 1000 lagi sedang berada digarisan penamat sedang thesis jauh lagi nak tamat. Dan dalam 100 thesis tu pun maybe tiada satu pun tesis yang berjaya disiapkan dalam tempoh 3 tahun.

Keempat:
Bagi aku yang kerdil ini, penghasilan thesis PhD (atau Master) yang terbaik adalah bukti keupayaan individu menjalankan kajian saintifik yang sistematik secara independent. Dan jika dia berjaya laksanakan dalam tempoh yang diberikan, itu adalah “the best thesis”.

Kelima:
Kalau anda buat PhD kat Malaysia anda tidak terasa walaupun dah masuk 4 tahun. Tapi kalau anda gi oversea, visa dah mati, sponsor tak bagi biasiswa lagi, abis mana anda nak pergi? Kalau balik Malaysia tentu malulah jugak, tentu kawan-kawan kata, “aaikk sambung lagi kat Malaysia jika begitu baik buat kat Malaysia sahaja”.

Tentu akan ada mulut2 yang kata ntah2 anda gi vacation bukan buat dissertation! Itu tanggapan org yang tak boleh elak tahu kenapa sebab dlm timeline facebook anda penuh dengan gambar kesana kesini main snow lagi dan tak der satu pun gambar anda sedang buat research.

Masa nilah anda akan tahu betapa “The best thesis is a thesis submitted on time”!! Malah IPTA anda sendiri tak akan tanyapun, originalkah thesis yang anda siapkan tu atau dapat award the best ke sebab the best ketika itu adalah “thesis submitted on time”…

Keenam:

Kajian PhD “yang original” seperti hampir tidak wujud. Kalau wujud pun kerana pelajar tersebut hanyalah “sebahagian” dari satu projek yang telah lama berjalan bukan dimulakan dari scratch oleh pelajar tersebut secara individu utk kajian PhDnya.

 

Contoh:

Satu contoh “The Best Thesis” telah dianugerah kepada seorang pelajar nukleur fizik berkaitan kajian ALPHA (Antihydrogen Laser PHysics Apparatus).

Pelajar tersebut menjadi student MSc/ PhD bagi satu kumpulan penyelidik terbaik dunia yang telah lama mengendalikan projek ALPHA di makmal CERN (European Organization for Nuclear Research), makmal terbaik dunia (sponsored dari 12 negara Eropah) dengan peralatan jutaan dollar. Maka peluang membuat PhD seperti di CERN kelihatannya seperti sukar diperolehi di tempat lain.

Bagi aku buatlah apa sahaja kajian yang anda nak buat antara langit dan bumi dan segala isi laut yang outstanding yang break through yang apa sahaja. Jika anda dapat siapkan dalam masa 3 tahun. Jika tidak, baik anda tangguh dulu niat tersebut. Fokuslah pada kajian yang boleh mengajar anda membuat research dgn baik dan sistematik. Then hantar thesis tu on time, dapatkan PhD. Timba pengalaman baru.

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL