no comments

Konsep Penting dalam Penyelidikan : Hipotesis Kajian dan Jenis-Jenis Hipotesis

APA ITU HIPOTESIS

Hipotesis ialah suatu pernyataan atau saranan sementara tentang dua atau lebih pemboleh ubah. Setiap hipotesis harus spesifik, ramalan yang boleh diuji tentang perkara yang dijangka  akan berlaku dala kajian kita. Hipotesis ialah ‘teori sementara’ yang mungkin benar atau tidak bergantung kepada bukti daripada cerapan yang akan diperoleh dalam kajian nanti. Selepas bukti diperoleh maka hipotesis boleh diuji untuk diterima atau ditolak.

Perbezaan utama antara soalan kajian dengan hipotesis ialah hipotesis merupakan pernyataan sementara terhadap hasil kajian. Manakala soalan kajian hanya berbentuk soalan asas tentang hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah yang dikaji.

JENIS-JENIS HIPOTESIS

  • Hipotesis Nol

Hipotesis Nol ialah satu saranan yang membayangkan tiada kesan atau tiada hubungan antara fenomena yang dikaji. Hipotesis Nol biasa nya dinyatakan dalam bentuk negatif kepada jangkaan dapatan kajian. Misalnya “tidak mempengaruhi” dan “tidak mempunyai hubungan”

Contohnya “Keutamaan mengundi tidak berkaitan dengan jantina calon pilihan raya.”

Jika hipotesis ini diuji dan didapati palsu, dengan menggunakan kaedah statistik, terdapat hubungan antara keutamaan mengundi dengan jantina seseorang calon dalam pilihan raya (menerima hipotesis alternatif).

  • Hipotesis Alternatif

Hipotesis Alternatif berlawanan dengan Hipotesis Nol dan hanya boleh dicapai jika Hipotesis Nol ditolak. Lazimya, Hipotesis Alternatif ialah kesimpulan sebenar yang ingin dicapai oleh penyelidik.

Contohnya ” Wujudnya perbezaan dari segi kesan antara kedua-dua jenis ubat ( ubat jenis baru lebih baik berbanding ubat jenis lama.”

  • Hipotesis Berarah

Hipotesis berarah dibuat apabila penyelidik mempunyai sebab untuk menjangkakan hubungan antara pemboleh ubah dikaji.

Contohnya ” Kenaikan cukai import kenderaan akan meningkatkan pengeluaran kereta tempatan.”

  • Hipotesis Tidak Berarah

Hipotesis tidak berarah pula dibuat apabila penyelidik tidak dapat menentukan jangkaan dapatan antara pemboleh ubah tersebut.

Contohnya “Penggunaan Internet mendatangkan kesan terhadap pencapaian akademik pelajar.”

Sumber :Buku Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL