no comments

Cara Menentukan Data Dalam Kajian Kualitatif

Hasil daripada pengalaman dan kemahiran yang dipungut sebelum ini dalam masa lapangan, kami akan terjemahkan bagaimana konsep dan kaedah pengumpulan data kualitatif.

Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati (Lexy,2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986). Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana, 2005).

 

 

Berikut merupakan sesuatu rancangan bagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu berkait dengan idea. Dalam kajian kualitatif kita sering keliru dengan reka bentuk dan kaedah pengumpulan data. Temubual, pemerhatian dan juga analisis dokumen lebih popular daripada rekabentuk kajian itu sendiri. Pengkaji seharusnya tahu membezakan di antara kaedah dalam mendapatkan data dan juga reka bentuk kajian. Sering ditanya apa yang anda ingin lakukan, mereka menjawab saya nak buat temubual…saya nak buat pemerhatian. Tetapi apabila ditanya reka bentuk apa mereka keliru…sedangkan reka bentuk dalam kajian kualitatif itu penting ke arah menggerakkan kajian yang bagaimana. Ini kerana dalam kajian kualitatif ia boleh menggabungkan dua atau lebih kaedah pengumpulan data dengan hanya menggunakan satu reka bentuk sahaja. Sebagai contohnya reka bentuk kajian kes boleh digerakkan melalui kaedah pengumpulan data secara temubual dan juga pemerhatian.

Begitu juga dengan reka bentuk kajian yang lain seperti fenomenologi, etnografi, biografi dan juga grounded theory. Semuanya perlu difahami secara keseluruhan baru la kita boleh merangka kaedah yang betul. Kerap berlaku pelajar yang sering keliru tentang reka bentuk dan kaedah pengumpulan data yang mereka pilih. Apabila pilihan tidak selari kajian akan jadi caca marba dan tidak mendapat hasil kajian yang betul. Malah lagi parah apabila bercampur aduk dengan kajian tinjauan yang memang kita tahu adalah daripada reka bentuk kajian kuantitatif. Sering pernah berdepan dengan seorang pelajar dalam pembentangan proposal yang mana pelajar ini mengatakan yang ingin melakukan kaedah tinjauan. Namun, apabila ditanya tentang kaedah pengumpulan data ia menceritakan ia akan menggunakan borang soal selidik dan juga pemerhatian.

Ini sangat salah. Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data dalam kajian kualitatif. Ia tidak ada kena mengena dengan kaedah tinjauan. Ada kalanya juga ‘novice researcher’ keliru dengan tringulasi kajian dan juga kajian ‘mixed-methods’.

Apa boleh buat ya… Meneroka bidang kaedah penyelidikan ini sangat memerlukan ketahanan jiwa, mental dan kesabaran yang tinggi untuk memahami kaedah dan cara yang betul. Kalau tak ia akan menjadi satu perjuangan yang sukar dan sangat mengecewakan…Lebih-lebih lagi semakin kita banyak baca dan baca…semakin kita tak faham apa yang kita nak buat…

Sumber : https://rosma212.wordpress.com/2015/12/16/reka-bentuk-vs-kaedah-pengumpulan-data-dalam-kajian-kualitatif/

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL