no comments

KOMPONEN-KOMPONEN DAN JUGA PETUA DALAM PENYEDIAAN RESEARCH PROPOSAL/PHD

Sudah banyak Jawatankuasa Penyelidikan mencari unsur-unsur teras ini semasa menyemak aplikasi. Ini bukan senarai keperluan yang difinitif, melainkan semakan senarai amalan asas yang baik.
  • Ringkasan Eksekutif – Penyataan payung cadangan anda
  • Pernyataan Keperluan – Kenyataan yang jelas tentang mengapa projek itu diperlukan.
  • Penerangan Projek – Butiran khusus mengenai pelaksanaan dan penilaian projek.
  • Bajet – Penerangan kewangan projek dengan nota penjelajahan yang disertakan.
  • Maklumat Organisasi – Sejarah ringkas dan konteks organisasi / jabatan. Termasuk maklumat mengenai aktiviti utama jabatan, penonton dan kejayaan sebelumnya.
  • Kesimpulan – Ringkasan tersebut menjadi perkara utama untuk cadangan tersebut.
Terdapat beberapa tips untuk menyediakan proposal research/PhD yang baik, diantaranya;

 

1. Mengetahui dengan jelas bidang yang dikaji. Seperti contoh, jika hendak mengkaji mengenai budaya membaca, penyelidik perlu mengetahui secara jelas apakah yang dimaksudkan dengan budaya dan membaca.

 

2. Methodologi kajian-type of data, data collection, instrumentations, population, sample…

 

3. Statistical intruments/tools (jika kajian quantitative), GLM, MLR, SEM…

 

Jika penyelidik sudah ada ke semua ini, InsyaAllah ‘hidup’nya dalam menjalankan research nanti agak mudah. Bak kata perpatah PhD menyebutkan, “anda sekarang bukan lagi di dalam hutan belukar, kompas pun dah ada, tempat yang dituju pun dah pasti, hanya perlu tebas semak-samun aje…”

 

Jangan berasa takut untuk mulakan research anda. Petua paling mujarab ialah baca buku research. Paling mudah, refer buku Uma Sekaran, kulit bukunya berwarna merah, dan dipakai oleh pelajar UiTM dalam kelas research methodology. Satu lagi baca buku yang ditulis oleh Hussey and Hussey (1997) (Palgrave). InsyaAllah mujarab…

 

Kalau boleh jangan guna kaedah cut and paste, sebab kita tak akan belajar buat research. Cadangan saya ialah refer juga thesis-thesis di perpustakaan UiTM, terutamanya Dr. Fauziah Nordin (methodology baik) (mantan Timbalan Dekan FPP), dan Dr. Muhd Hashim (literature review-baik) (mantan Pengarah UiTM Johor).

 

Tips terakhir, tabahkan hati, be patiented, jangan hirau apa “orang nak kata” sebab mereka yang dok mengata pun tak tahu buat research yang betul…

 

Selamat menjalankan penyelidikan.
KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL