no comments

Kesalahan Yang Sering Dilakukan Pelajar PhD Sewaktu Dalam Tempoh Pengajian, Serta Bagaimana Cara Untuk Menanganinya

Setiap peringkat pengajian yang kita duduki, mempunyai tahap kesukaran yang berbeza, lebih-lebih lagi sistem pendidikan yang berubah mengikut peredaram masa, dan ingin sesuaikan dengan kehendak, juga keperluan pasaran pada masa kini.

Bagi kita yang telah melepasi satu tahap, mungkin akan menyatakan, ‘alah, UPSR je kot, atau, ‘alah, baru Diploma’, tanpa kita sedar sewaktu kita berada pada peringkat pengajian tersebut sebenarnya kita turut mengalami kesukaran, dan bersungguh-sungguh untuk dapat yang terbaik.

Semakin tinggi kita belajar, semakin banyak cabaran dan kesukaran yang dihadapi. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran, atau PhD (Doctor of Philosophy), sudah pasti akan mengalami saat yang memenatkan, lemah semangat atau tertekan dalam menyiapkan tugasan, seperti, thesis, kajian, mahu pun ‘presentation’ yang mana akan menentukan masa depan mereka.

 

10 KESALAHAN PELAJAR PHD

Semasa dalam fasa terakhir pengajian PhD, saya tersedar kesilapan-kesilapan yang pernah saya buat dari hari mula pengajian. Waktu ini baru sedar betapa serabutnya pengurusan fail, betapa ruginya masa-masa terluang sewaktu tahun pertama, betapa silapnya mentaliti ‘suka membandingkan’ dan sebagainya.

Apabila bersembang dengan rakan-rakan lain, mereka juga buat kesilapan yang hampir sama. Bersembang dengan pelajar PhD dari tempat lain juga, sama! Nampaknya memang kesilapan-kesilapan ini adalah sesuatu yang general dan berlaku kepada ramai orang.

Jadi saya fikir, elok dihimpunkan semua kesilapan yang saya dan rakan-rakan pernah buat untuk pedoman bukan sahaja pelajar PhD, tetapi semua orang terutamanya mereka yang berkecimpung dalam bidang akademik/research.

Saya sertakan juga solusi untuk setiap kesalahan ini.

1. Suka membuat perbandingan kehidupan

Bila jumpa pelajar lain, asyik membandingkan susah senang anda dan mereka – lalu menyebabkan motivasi diri sendiri jatuh. Contohnya tengok kajian orang lain nampak senang dan mula berfikir “Kenapalah aku punya kajian susah!” – padahal setiap cabaran pelajar itu berlainan. Ada yang pening kerana eksperimen tak menjadi, ada yang pening dengan perangai supervisor dan lain-lain.

Solusi: Lain orang lain cabaran jadi jangan buat diri sendiri rasa lemah/loser melalui perbandingan. Seperkara lagi, tak semua orang tunjuk kesusahan hidup mereka di media sosial sebab itu kita seolah-olah nampak orang lain hidup senang. Semua orang ada kesusahan sendiri.

2. Takut untuk berfikir luar kotak

Ada yang takut untuk berfikir idea (untuk eksperimen, hala tuju kajian, hujah dan sebagainya) lain daripada yang lain sebab takut dikatakan merapu/bodoh oleh supervisor. Padahal, sesetengah idea yang lain ini boleh membawa kepada penemuan yang menarik.

Solusi: Jangan takut untuk mencadangkan idea yang anda terdetik dalam kepala kepada supervisor. Saya sendiri pernah mencadangkan berpuluh-puluh idea kepada supervisor – ada yang diterima, ada yang ditolak, ada yang ditertawakan dan sebagainya. Biasalah tu, nama pun ‘lontaran idea’ yang datang secara random.

 

3. Tiada rancangan alternatif

Hanya ada satu rancangan dan tak pernah ada backup plan kalau-kalau eksperimen, survey atau data collection tak menjadi/rosak dan sebagainya. Akibatnya, bila segala rancangan asal tidak menjadi, terkapai-kapai tak tahu nak buat apa. Kemudian, mulalah nak gelabah.

Solusi: Pastikan fikir backup plan untuk kecemasan. Kalau eksperimen A tak boleh, cuba eksperimen B. Kalau orang A tak boleh bantu, pastikan ada orang B.

4. Tidak menulis dari awal

Proses penulisan sepatutnya bermula awal untuk memastikan anda sentiasa memperbaiki tulisan dari masa ke masa. Bila tak mula awal, proses penulisan jadi sangkut sebab kualiti tak sampai. Hujah lemah. Struktur hancur.

Solusi: Mula tulis tesis seawal mungkin, kalau boleh waktu tahun pertama. Boleh mula dengan perkara asas seperti literature review atau methodology. Saya cuba menulis kertas jurnal hanya selepas dua bulan mula PhD, tetapi ternyata gagal kerana kualiti sangat hancur. Tetapi kertas jurnal yang hancur ini dibaiki hampir setahun lamanya dan akhirnya diterbitkan di proceeding yang diiktiraf Scopus (menjadi sebahagian daripada tesis). Menulis dari awal juga adalah strategi saya habiskan PhD kurang dari 3 tahun.

5. Pengurusan fail tidak efisen

Komputer penuh fail dengan pelbagai nama, folder bersepah-sepah, tidak disusun dengan baik. Kalau fail dinamakan dengan baik sekalipun, ia tidak konsisten. Perkara ini menyebabkan anda susah mencari dokumen, terutamanya untuk proses penulisan tesis akhir.

Solusi: Gunakan penamaan fail secara konsisten. Jangan malas untuk namakan fail dengan betul dan taip ‘fhwsdsf.doc’ sebab nak cepat. Anda akan menyesal di kemudian hari.

(Sampai habis PhD pun ada nama fail-fail saya yang masih serabut dan susah nak dicari untuk rujukan sekarang. Menyesal tak tulis dengan elok).

6. Mentaliti bangku universiti

Mentaliti dibawa dari zaman degree atau masters. Mengharapkan orang suap maklumat dan buat kerja saat akhir.

Solusi: Sebelum bermula PhD, harus faham bahawa pengajian PhD kaedahnya berlainan degree. Anda harus pandai berdikari. Tugasan waktu zaman degree banyak yang ‘asalkan siap’ tetapi dalam tugasan dalam PhD sangat mementingkan kualiti. Jika kualiti tak sampai, anda akan gagal. Oleh itu, mula kerja awal supaya anda ada masa untuk baiki tugasan (tesis).

7. Berlengah-lengah

Waktu first year dianggap honeymoon. Yang di luar negara, jalan-jalan terlalu banyak.

Solusi:
 Mula kerja awal dan istiqamah (tak selalu sangat ambil cuti panjang). InsyaAllah akan ada masa kosong di antaranya yang membolehkan anda bercuti dan berehat.

8. Lari dari supervisor

Disebabkan kerja banyak tak siap, asyik lari dari supervisor. Bila supervisor ajak jumpa dan minta hasil kerja (tulisan tesis dll), beri banyak alasan. Akibatnya, diri sendiri rugi.

Solusi: Supervisor (terutamanya yang berpangkat Profesor) sangat sibuk dan kadang-kala tak boleh jumpa selalu. Kalau mereka ajak jumpa, manfaatkan dengan minta feedback dan bincang masalah yang anda ada.

9. Terlalu rendah diri

Selalu rasa tak pandai dan takut untuk bersuara kalau ada group meeting atau berhadapan dengan supervisor. Bila menulis, rasa takut nak bagi orang baca sebab rasa malu. Akibatnya, tak ada orang boleh bantu dan merana seorang diri.

Solusi: 
Tak ada orang yang terus jadi pandai dalam sesuatu bidang. Menjadi bodoh itu biasa dan jangan takut untuk jadi bodoh. Yang penting, kerap diri baiki dan bergerak ke hadapan. Bersedia untuk dedahkan kelemahan diri kepada supervisor dan rakan PhD supaya mereka boleh beri nasihat.

10. Kurang pemahaman tentang aspek teknikal

Tak faham perkara-perkara asas dalam PhD – contohnya apa itu abstract? apa itu research methodology? apa itu novelty dan sebagainya. Apabila masuk ke proposal defence atau viva, jadi gelabah bila examiner tanya.

Solusi: 
Pastikan aspek teknikal PhD boleh difahami secara asas. Ada banyak buku yang bercerita tentang hal-hal sebegini. Rakan-rakan senior PhD juga boleh bantu untuk terangkan.

 

Sumber : Siakap keli

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL