no comments

KERTAS KONSEP (KAJIAN TRADISIONAL) VS KAJIAN SISTEMATIK

Kedua-dua jenis artikel jurnal ini memberikan kelebihan kepada pelajar, mereka dapat menulis artikel sebelum mereka mempunyai data utama, di awal pengajian juga sudah boleh menulis. Dan pelajar dari semua bidang, tidak kisah bidang Sains, Sosial Sains, Kejuruteraan, Alam Sekitar, boleh juga menulis konsep atau kajian sistematik ini.

Dua kaedah ini selalu disamakan, walhal ia berlainan. Berbanding dengan kertas konsep, artikel kajian sistematik ditunjangi oleh kaedah yang ketat dalam mencari strategi maklumatnya. Selain itu, berdasarkan pencarian corak di dalam kajian sistematik, penulis dapat mencadangkan tentang apa lagi yang perlu dikaji pada masa hadapan. Ada juga saya dengar, Kertas konsep dan artikel kajian sistematik tidak boleh diterbitkan ke web of science atau SCOPUS, sebab dia bukan berdasarkan data penyelidikan, tidak tepat tu, banyak sahaja yang diterima, walaupun banyak yang telah diterbitkan di Q1 dan Q2 (web of science) jurnal yang berprestij tinggi.

Cara utama nak membezakan dua jenis artikel jurnal ini ialah

1) Kajian sistematik WAJIB menerangkan bahagian metodologi yang ketat,, sebahagian besar keras konsep tak perlu berbuat demikian.

2) Baca tajuk – Dalam tajuk, ada jurnal yang mewajibkan tajuk artikel dimasukkan perkataan review, systematic review, meta analysis, meta systhesis dan sebagainya.

3) Baca abstrak – Ini mesti dinyatakan dalam abstrak sebab mereka perlu beritahu pengulas apa jenis artikel yang mereka tulis. Ingat, abstrak adalah antara bahagian pertama yang pengulas semak. So mereka memang perlu nyatakan supaya pengulas jelas dan maklum.

Kaedah penulisan kajian sistematik adalah berlainan dengan penulisan artikel penyelidikan. Tidak sama, sebab tu saya galakkan pelajar untuk dapatkan dua perkara utama sebelum memulakan penulisan kajian sistematik iaitu

1) rujukan dan contoh artikel jurnal kajian sistematik (yang terbaik adalah dari Q1/Q2 web of science, rujuk facebook saya, saya banyak kongsikan)
2) Kena belajar kaedah pencarian sistematik dalam jurnal pangkalan data (rujuk gambar) – bukan google saja.

 

SUMBER: Suhaizadsan@BenBatuta

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL