no comments

KEPENTINGAN KAJIAN LITERATUR

Definisi :

Kajian literatur membawa maksud membuat rujukan secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah memperoleh maklumat, yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dilaksanakan. Secara ringkasnya, satu proses sistematik yang memerlukan penelitian dan kemahiran mencari,mengumpul, membaca serta merumus maklumat dengan lebih terperinci.

 

Tujuan dan kepentingan kajian literatur:

  • Membezakan apa yang telah dikaji daripada apa yang perlu dikaji
  • Mendapatkan pembolehubah yang relevan dengan tajuk penyelidikan
  • Menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai sumber yang berasingan
  • Mendapat perspektif baru dalam topik yang sama
  • Memahami struktur latar belakang subjek penyelidikan yang dijalankan
  • Menunjukkan hubungan antara idea dan amalan berkaitan penyelidikan yang hendak dijalankan

Aspek-aspek dalam kajian literatur :

  • Melapor subjek kajian
  • Melapor kaedah kajian
  • Melapor instrumen kajian
  • Melapor analisis data kajian
  • Melapor hasil kajian
  • Melapor secara keseluruhan
  • Melapor secara kritikal mengenai kekuatan dan kelemahan kajian lepas
  • Melaporkan rujukan dalam laporan kajian
  • Melaporkan rujukan dan bibliografi

Ciri-ciri kajian literatur yang baik :

  • ‘Flow of ideas’ yang logik
  • Rujukan semasa dan relevan dengan gaya yang konsisten dan bersesuaian
  • Penggunaan terminologi (kajian istilah) yang sesuai
  • Tidak bias dan pandangan komprehensif (luas dan lengkap) terhadap tajuk kajian yang lepas

Teknik menulis dan menyusun kajian literatur

  • Susun secara sistematik dan secara kronologi
  • Perincian tajuk dan penerangan isi ikut urutan logik
  • Susun daripada umum kepada khusus
  • Susun dapatan mengikut tema/tajuk
  • Bincangkan dapatan yang menyokong dan yang berlawanan
  • Rumuskan dapatan tersebut supaya dapat dikaitkan dengan kajian yang dibuat
  • Perbincangan meliputi konsep-konsep utama, teori, dan model berkaitan
  • Maklumat pengarang, tajuk, tarikh, penerbit, tempat diterbitkan, petikan, muka surat dan sumber dicatatkan dengan tepat dan jelas
  • Berhenti apabila rasa ianya sudah mencukupi

 

Sumber : dokumen.tips

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL