no comments

Kenapa Skala Nominal & Ordinal Tak Normal?

Ramai yang tahu ( sebab semua buku menulis begitu, pensyarah pun kata gitu) data dengan skala ratio dan interval boleh menggunakan ujian parametric kerana data tertabur secara normal. Data dengan skala nominal dan ordinal pula menggunakan statistic bukan parametric keran data tidak tertabur secara normal. Soalan saya, mengapa data norminal dan ordinal tidak boleh tertabur secara normal?

Ambil contoh,anda mengkaji populasi dengan 10 ribu responden KL dan 10 ribu lagi di London dan mengambil ukuran berikut: ketinggian (ratio), IQ (interval), Agama (nominal) dan persetujuan kahwin sejenis (ordinal).

Dengan yakin anda akan menjawab:

Ketinggian – Terdapat sebahagian kecil responden di KL dan London mempunyai ketinggian yang ekstrem (sangat pendek atau sangat tinggi) dan majority mempunyai ketinggian menghampiri purata – bermakna data tertabur secara normal.

IQ – Terdapat sebahagian kecil responden di KL dan Landon mempunyai skor IQ yang ekstrem (sangat rendah atau sangat tinggi) dan majority mempunyai IQ menghampiri  IQ purata – bermakna data tertabur secara normal.

Agama – bolehkah anda jangkakan agama Hindu dan Buddha mempunyai bilangan sangat ekstrem (sangat sedikit atau sangat bangak) dan majority adalah Islam atau agama lain di KL dan London? No way man, sebab tidak mungkin data norminal tertabur secara normal sebab agama adalah kategori, bukan data sebenarnya sama ada di KL mahupun London.

Persetujuan Kahwin sejenis – bolehkah anda jangkakan sedikit sahaja yang “sangat tidak bersetuju” atau “ sangat bersetuju” dan  majoriti ”antara bersetuju dengantidak setuju” sama ada responden di KL atau London. No way man, sebab data tdak mungkin tertabur  secara normal. Di KL mungkin majority tak setuju, tapi di London mungkin majoriti setuju.

 

Sumber Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL