no comments

Kenapa PhD Mosaic???

Salam and hi semua

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada semua pembaca buku PhD mosaic. alhamdulillah, setelah 2 bulan lebih, angka jualan buku amat memberangsangkan. Alhamdulillah, rezeki Allah taala.  Dan yang penting sekali, ilmu, pengalaman dan tips yang ingin dikongsi dapat diterima ramai. Syukur alahamdulillah. Terima kasih juga pada semua participants yang dah pernah join PhD mosaic workshop, postgraduate essentials atau postgraduate mosaic, research methodology, research proposal dan research poster workshop.

Apa itu PhD Mosaic? Ramai yang bertanya pada saya kenapa dinamakan buku ini dan workshop sebagai PhD Mosaic / Postgraduate Mosaic? Apa it PhD Mosaic. Biar saya explain kat sini ya sahabat semua.

Mosaic ni memang saya ambil dari erti mosaic yang asal iaitu tiles. Saya gambarkan PhD ni sebagai suatu sistem macam tiles tu juga, Cuba tengok contoh gambar tiles ikan kat bawah, ada 12 tiles kecil untuk membentuk 4 tiles ikan. Atau 3 bahagian tiles kecil untuk dapatkan satu complete gambar tiles ikan.

 

Cuba sahabat fikirkan sekiranya kita menyusun tiles ini secara tidak tersusun, atau tidak cukup bahagian tiles, mestilah kita tidak akan dapat gambar tiles yang kita nak dan tak cukup bahagian tiles atau salah susun dan sebagainya akan menyebabkan defect dalam hasil tiles yang kita nak. Cacat la kita punya tiles.

Begitulah juga saya rujuk PhD ni sebagai suatu sistem, yang mana setiap candidate perlu memahami sistem ini, tahu tentang semua proses yang terlibat dan apa yang perlu mereka lakukan untuk mendapatkan PhD. mereka tidak boleh underestimate, atau overestimate what is required in PhD. sebab itu la namanya PhD Mosaic. Sekiranya anda baru mendaftar dan bercita-cita nak sambung ke master dan PhD, sangatla sesuai baca buku ni sekarang. Bagi yang dah pertengahan atau hujung pengajian juga sesuai, supaya anda dapat memahami sistem PhD dan menyemak tesis PhD anda sekiranya terdapat ‘loopholes’ yang perlu ditambah baik dan sebagainya. Begitu juga sekiranya anda supervise atau menyelia postgraduate student, hopefully this book can be used as a reference or guidance untuk menyelia student anda dengan lebih tersusun.

Untuk pengetahuan sahabat semua, dalam buku dan workshop PhD mosaic ni memang saya ada menceritakan proses yang perlu dilalui oleh setiap pelajar PhD dari awal cari university, supervisor, tulis research proposal, macam mana nak start dengan literature review, apa yang perlu dicari, berapa nak baca, macam mana buat taxonomy, bagaimana nak tahu artikel jurnal yang kita baca adalah datang dari jurnal yang high impact, macam mana nak mengenalpasti leading author, macam mana nak structure thesis, apa itu methodology, defense proposal, viva, bagaimana nak menjaga hubungan dengan supervisor,  dan macam2 lagi. Pendek kata, buku ni cerita the  overview of PhD research process. Ada juga saya selitkan sedikit tips buat sahabat semua dalam setiap bab.

Dalam bab methodology, ada juga saya selitkan apa maksud philosophical stance or philosophy / research paradigm. Kebanyakan research methodology workshop tak ada explain tentang term ini, Sebenarnya dalam research anda perla tahu setiap research yang anda ingin kaji, bagaimana anda menulis research questions, bagaimana anda view the world, bagaimana anda buat critical analysis anda sewaktu literature review process ini semua berdasarkan your stance or philosphy. memang itulah maksudnya PhD, doctor of philosophy. whatever you do is based on your paradigm/ view! Also, you have to justify whatever decision you made during your research! Sebab itu ada many school of thought and and proposal defense and viva examination. Semua ni adalah untuk menilai adakan anda mampu menjalankan research anda independently and can qualify you to become as a professional researcher! Dalam buku ni juga ada menceritakan apa yang dikatakan academic research.

Dalam workshop, dalam buku PhD mosaic ni juga ada menerangkan tentang terms in research yang memang selalunya ‘confuse’kan kita. Terdapat lebih dari 30 terms yang saya explain dalam buku ni dan semuanya semua adalah basic terms yang pada saya setiap postgraduate mesti tahu. kalau tak, tak boleh nak teruskan research dia and tak nampak apa yg mereka perlu cari untuk penyelidikan mereka. Ini adalah sedikit contoh terms yang saya tulis dalam buku dan discuss dalam workshop:

independent variables, dependent variables, antecedents and consequences, moderator and mediator, construct, first order and second order construct, positions, stance, apa beza methodology, method, technique and tools, data analysis, operationalization, framework vs model, conceptual model vs theoretical model, taxonomy, keyword, keyword plus, systematic review, limitation vs scope, problem statement vs research background dan banyak lagi, leading author dan sebagainya.

Selalunya student mula2 memang tak tahu nak start kat mana, cukup ke baca ni, betul ke method ni, kenapa nak kena ikut cakap supervisor sedangkan assessor kata benda ni tak betul dan macam2 lagi. Saya dulu hadapi masalah yg sama juga dan saya harap bila share ni, at least sahabat semua dapat save sedikit time dan tahu macam mana nak proceed dan apa yg perlu dibuat tanpa tunggu arahan dari supervisor. Insyallah sahabat semua dapat GOT – graduate on time.

Saya nak jemput sahabat semua yang belum ada buku ni untuk baca dan jika berkesempatan, jom la join workshop saya, insyallah kita boleh share dan discuss any issue in PhD and share our experience & knowledge.   🙂  Ada sedikit sinopsis yang saya share dekat gambar kat bawah ni seperti:

  • ​isi kandungan buku dan workshop.
  • siapa yg patut baca buku ni – sila rujuk poster

ok la sahabat yang saya hormati sekalian, terima kasih kerana sudi baca post ini.

Dan insyallah,  nanti saya tulis lagi ya. 🙂

Harap apa yang dikongsikan setakat ini bermanfaat untuk semua.

Insyallah.

Take care everyone! 🙂

 

 

UPCOMING PhD MOSAIC WORKSHOP :

Two Days Workshop on PhD Mosaic.

The details of the workshop are as follows:

CourseTwo Days Workshop on PhD Mosaic

Date: 4 -5 August 2018 (Saturday & Sunday)

Time8.30am – 5.30pm

Speaker: Dr Nor Aida bt Abdul Rahman

Venue: MPWS Training Centre, Bandar Baru Bangi. Selangor

Registration: http://postgraduateworkshop.com/phdmosaic

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL