no comments

Kenapa Perlu Ada Hipotesis?

Aku menulis post ini dengan bercakap kepada diri sendiri… dalam bahasa yang aku sendiri faham… bagi membantu menjawab pertanyaan di atas… berkaitan kajian experimental.

Katakan aku bercadang untuk membuat kajian experimental dengan membandingkan min skor kumpulan treatment (E) dan min skor kumpulan kawalan (C). Bersama Dr Ardess Karlsson, Vice Presiden Mendeley

Pertama: Aku menukar problem statement dalam bentuk null hipotesis. Null hipotesis adalah untuk populasi dari mana subjek kumpulan E dan C diperolehi, maka sepatutnya tiada perbezaan min skor A dan min skor B kerana berasal dari POPULASI yang sama. Ingat… null hipotesis adalah untuk POPULASI.

Kedua: Oleh kerana aku nak buat research, aku kenalah ambil sample E (n=28) dan C (N=29) , lalu aku menulis pula research hipotesis iaitu hipotesis bagi SAMPEL bagi menguji adakah min skor E > min skor C selepas dikenakan treatment.

Ketiga: Aku pun menetapkan degree of confidence pada 95% iaitu nisbah perbezaan skor min E dan C akan berada dalam kawasan terima null hipotesis (perbezaan tidak signifikan)

Keempat: Terdapat lagi 5 % lagi (p=0.05) kawasan kebarangkalian pada hujung taburan kebarangkalian dengan nilai extreme (kawasan kritikal)

Kelima: Oleh kerana aku guna sample maka akupun menggunakan formula t bagi mengira perbezaan min skor E vs min skor C. lalu mendapat nilai t-obtained atau t-calculated, iaitu nilai nisbah perbezaan min / variance dari kajian.

Jika perbezaan min skor E dan C ini cukup besar, maka nilai t yang dikira juga akan besar dan jika nilainya melampau nilai 95% menerima null hipotesis sehingga memasuki kawasan 5% nilai extreme (memasuki kawasan kritikal), maka aku yakin bahawa perbezaan ini berlaku kerana treatment (perbezaan yang signifikan), iaitu aku menolak null hipotesis, lalu menerima research hipotesis, iaitu wujud perbezaan yang signifikan.

Keenam: Oleh kerana sampel E dan C diambil secara rawak (seboleh2nya) dari populasi yang sama, maka dengan ini, bolehlah dibuat inferens kepada populasi yang mempunyai criteria yang sama.

SUMBER: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL