no comments

KENAPA LAMBAT SIAPKAN THESIS?

Salam, lama anda menghilang?

Saya ada, cuma cuti panjang, pergi kumpul data.

Dah semester 5 baru boleh kumpul data?

Habis nak buat macam mana. Ni dah kira cepat ni berbanding kawan-kawan saya yang lain.

Kalau sem 5 kumpul data, susah la anda nak habiskan dalam 6 sem jangka masa anda cuti belajar dan dapat biasiswa. Kemudian tunggu tarikh viva lagi, Kemudian buat pembetulan lagi, kemudian tunggu kelulusan Senat lagi. Macam ini penatlah saya. Paling tidak 5, 6 tahun baru nak settle!

Emmm tau tak apa!

Saya fikirlah, semua ini melibatkan sistem pengurusan di fakulti yang tidak efisien.

Apsal lak? Tak baik anda kata cam tu. Apa rasional anda?

Saya cuma nak bagi 5 rasional untuk situasi pelajar sepenuh masa yang normal yang memang bersedia untuk menjadi calon PhD dan Master yang baik dan siapkan thesis untuk tempoh 2 tahun (bagi Master) dan 3 tahun (bagi PhD). Saya dah tulis sedikit hal ini. Kat sini saya nak buat tambahan sikit.

Pertama:

Pelajar yang baru mendaftar diberikan advisor untuk Semester 1. SV hanya dilantik setelah pelajar bersedia dan memenuhi beberapa syarat. Jadi Sem 1 selalunya pelajar dirilekskan dengan hanya berjumpa advisor. Dah namanya advisor, tentulah yang dibincangkan adalah pengisian kerja kursus, bukannya research. Supervisor pula dilantik pada Sem 2 atau 3 setelah pelajar konon-kononnya bersedia dengan mengisi borang-borang tertentu, malah ada yang terlajak sampai 3 sem masih tak ada SV.

Kedua:

Semester 1 dan 2 selalunya pelajar dinasihat untuk melengkapkan kerja kursus dahulu, dan tak ada cara pun pelajar boleh siapkan proposal sedang SV pun belum dilantik!

Ketiga:

SV dalam jawatankuasa supervisori mensyaratkan pelajar menghantar proposal yang “serba lengkap”, malah alanya tebal menuntut pelajar menghabiskan 2, 3 sem hanya untuk proposal sahaja. SV pun menunjukkan bakat mengomen proposal persis mengomen satu manuskrip thesis. Malah ada SV yang tak perasan naskhah yang dikomen ada proposal bukannya thesis, emmm. Sehingga berlakulah keterlanjuran pelajar sampai Sem 5 masih terkial-kial dengan proposal yang dikatakan tidak mencapai satu standard yang tinggi.

Tradisi SV yang sangat menitikberatkan pendetailan dalam penghasilan proposal adalah satu yang tidak kena pada tempatnya. Proposal hanyalah ASAS kepada kerangka kajian, dan pendetailan yang keterlaluan hanya akan membazirkan masa kerana naskhah tersebut masih bertaraf proposal – kertas cadangan!

Keempat:

Isi dan pengajaran kursus peringkat PG hanya akan bersifat umum termasuk kursus Research Methodology dan Statistics. Jika pelajar tak mula fokus dan membuat pembacaan kepada isu kajian sendiri secara intensif dan extensif seawal Sem 1, ini menyebabkan kehadiran mereka dalam kelas-kelas wajib tersebut sekadar duduk dan mendengar tanpa sebarang perbincangan yang produktif dan khusus terhadap kajian sendiri, sebab mereka pun tak tahu apa yang nak dibincangkan.

Tanpa membuat pembacaan seawal Sem 1 dan mengetahui lebih awal sedikit sebanyak tentang kajian sendiri yang bakal dijalankan, serta hasil perbincangan dengan SV, maka kelas seperti Research Methodology atau Statistics sekadar satu pengisian umum sahaja, mendengar sambil bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan, bukannya bersedia untuk memahami dengan lebih specific kajian sendiri dari kelas-kelas tersebut. Ini menyebabkan pelajar “tetap blur” setelah mengikuti kursus-kursus tersebut.

Siapkan proposal bukan macam masuk hutan, mengadap komputer ja.

Kelima:

Tidak mungkin pelajar Master dapat bergraduate atau submit thesis jika selepas 2, 3, 4 sem baru nak present proposal. Hal yang sama berlaku kepada calon PhD. Tak mungkin oh, tak mungkin.

Jadi?

Saya nak komen sikit ja.

Pertama:

Melengahkan perlantikan SV adalah tidak wajar.  Perlantikan SV jika lewat pun perlu diselesai paling tidak pada 7 minggu pertama Sem 1 supaya pelajar boleh mulakan perjumpaan untuk 7 minggu seterusnya dan DIWAJIBKAN present proposal SEBELUM Sem 2 bermula, sebab tiada istilah cuti bagi pelajar research, tak kira calon Master atau PhD. SV yang gagal selesaikan proposal pelajarnya dalam jangka masa ini perlulah bagi alasan pada fakulti. Kalau nak harapkan pelajar, mereka pun mungkin tak tahu nak buat apa, so mereka pasti rileks dengan alasan mengambil kursus dan ketiadaan SV

Kedua:

Menyediakan satu proposal dengan asas atau kerangka yang lengkap mestilah menjadi keutamaan mengatasi penyediaan proposal yang SEMPURNA. Sebab dah namanya proposal atau cadangan, tentulah ianya bersifat idea dan asas kajian, bukannya kesempurnaan!

Tambahan, menulis proposal dengan detail sehingga mengharapkan satu tahap penulisan yang kritis adalah satu proses yang  memakan masa. Jadi janganlah memaksa pelajar menyediakan satu proposal yang kritis sedangkan proses ini boleh diperbaiki semasa pelajar mula menulis thesis.

Ketiga:

Proposal hanya perlu dipertahankan dan dibentang depan supervisory committe sahaja dengan mengundang beberapa pensyarah lain yang relevan jika perlu. Selepas proposal diterima oleh jawatankuasa supervisori, maka pelajar dah boleh memulakan kajian. Kemudian selepas itu tak kesahlah jika nak adakan acara presentation depan pelajar-pelajar lain atau pergi seminar mana-mana pun untuk dapat input tambahan!

Menunggu event untuk present proposal selalunya menjadi seperti cosmetic sahaja, kerana yang datang sudahlah 2, 3 kerat pelajar, kadang-kadang jawatankuasa sendiripun ada yang tak datang. Jadi kenapa nak kecoh-kecoh dan bertangguh-tangguh, sedang kepakaran jawatankuasa supervisori sudah lebih dari memadai untuk melaksanakan tugas ini!

Macam tu plak ke. Habis anda salahkan sistem dan SV ker?

Saya tak salahkan sistem dan sebagai SV saya pun tahu apa yang berlaku. Cuma saya tidak nampak dengan sistem yang ada akan menyebelahi pelajar yang memang komited dan dedikasi serta motivated untuk memulakan kajian secepat mungkin dan supaya sistem serta SV berlaku adil kepada pelajar untuk tamatkan pengajian dalam tempoh yang diberikan, malah lebih awal lagi jika berkemampuan!

Apa yang berlaku, sistem di IPTA secara umumnya sah-sah menafikan satu semester kepada pelajar dengan hanya ditugaskan seorang advisor, bukan SV. Paling sadis, selepas dinasihatkan macam-macam kemudian tukar pulak kepada SV yang lain, dengan satu idea dan pendekatan yang lain pula!

Juga pelajar yang dah ada kajian yang baik, mantap tetapi dilengah-lengahkan pula dengan mensyaratkan satu proposal yang sempurna sehingga memakan beberapa semester untuk mencapai tahap sempurna tersebut!

Ini termasuklah co-SV kata buat cenggini, main SV kata buat cenggitu. Co-SV kata kena tambah ini, main SV kata kena buang itu. Sedangkan rangka kajian secara umumnya dah OK dan mantap lama dah, dan patutnya pelajar dah boleh mulakan kajian, tapi masih tersangkut dengan kelulusan proposal yang masih belum sempurna di mata SV dan co-SV untuk dibentangkan.

Sumber : Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL