no comments

KENAPA JADI PENAKUT MENULIS LR?

Kat luar hujan turun. Walaupun sejuk, jantung saya panas. Bukannya apa tetapi GERAM, sebab ramai pelajar TAKUT meluahkan idea dalam menulis LR. Kalau bercinta, idea keluar mencurah-curah sampai bersambung dalam mimpi!

 

Anda TAKUT untuk menulis LR kerana fikiran anda fokus kepada petikan artikel MELEBIHI fokus anda kepada kajian sendiri – Betul tak?

 

Anda TAKUT untuk memetik dengan menghilangkan perkataan asal dari petikan – Betul tak?

 

Bila anda TAKUT, anda mengambil jalan mudah meringkaskan sahaja kajian lepas dan kalau boleh menterjemah sebijik-sebijik apa yang anda baca – Betul tak?

 

Akhirnya LR anda menjadi himpunan ringkasan kajian lepas, bukannya kupasan dan analisis dalam konteks kajian anda – Betul tak?

 

Maka anda pun mulalah menulis seperti:

 

  • Othman (2007) said that
  • Robert (2010) stressed that
  • Mathews (2009) in his study argued that
  • Kajian oleh Salman (2009) dalam kajiannya mendapati…
  • Maria (2007) telah menyenaraikan…

Pembaca ingin membaca tulisan anda, kajian anda, mendengar suara anda dan hujah anda, bukan ringkasan kajian lepas seperti di atas – Betul tak?

Fikirkan sejenak simulasi ini. Sepatutnya anda menulis dengan menutup mata, tulis apa sahaja yang anda mahu tentang kajian anda. Jadi barulah pembaca akan MEMBACA idea anda dan suara anda. Tapi anda tak boleh buat begitu sepenuhnya kerana LR memerlukan citation bagi memantapkan tulisan anda, maka anda perlulah merujuk kepada kajian lepas. TETAPI ini bukan bermakna anda meringkaskan artikel yang anda rujuk!

 

Katakan anda ada petikan berikut dan anda ingin gunakan untuk kajian anda berkaitan “miskonsepsi dalam sains”. Baca dengan teliti.

 

Petikan 1

 

This study also found at least three specific misconceptions demonstrated by the subjects from both the computer-based animation and conventional groups, which can be added to the list of students’ misconceptions documented in previous research. These misconceptions were found written by the students in the pre-test and post-test and detected during the interview sessions. These misconceptions were (a) a reducing agent is only in atomic form (b) there are positive atoms and negative atoms, and (c) in electrochemical cells, the cathode is always a negative electrode and the anode is always a positive electrode. Another common misconception held by the subjects was that they believed the salt bridge supplied electrons which flowed through electrolyte solutions as electrical current in order to complete the galvanic cell (Othman, 2007).

 

Penulisan 1:

Miskonsepsi adalah fenomena yang sering berlaku dalam pembelajaran sains. Secara umumnya miskonsepsi merujuk kepada pemahaman konsep pelajar yang bertentangan dengan konsep sains seperti yang difahami oleh ahli sains. Fenomena miskonsepsi ini wujud dalam kognitif pelajar tanpa disedari. Misalnya dalam mempelajari sains, terdapat  miskonsepsi terhadap kewujudan  atom positif dan atom negatif (Othman, 2007), sedangkan mengikut pemahaman sainstifik, semua atom adalah bersifat neutral

 

Petikan 2

The research process demonstrated that factual knowledge such as definition of terminologies can be remembered and understood easily by the students in computer-based instruction and talk-and-chalk. Some misconceptions about simple concepts can also be restructured and resolved through both instructional approaches. In other words, it seems adequate for the factual knowledge to be intelligible in order to facilitate weak conceptual change, regardless of the method of instruction. For example, by just memorizing the facts, the subjects might have been able to give a correct definition of electrolyte (Othman & Robert, 2006) 

 

Penulisan 2

Dalam mempelajari sains, pelajar masih boleh memberikan jawapan kepada soalan-soalan berbentuk fakta yang boleh diingati dengan mudah. Namun begitu, pelajar akan berhadapan dengan kesukaran untuk menjelaskan konsep yang lebih kompleks kerana mengingat fakta hanya dapat menjelaskan definisi sesuatu konsep (Othman Talib & Robert, 2006) tetapi bukannya pemahaman terhadap konsep tersebut. 

 

Kesimpulan:

Perhatikan dalam kedua-dua Penulisan 1 dan Penulisan 2 di atas, saya tidak terpengaruh langsung dengan apa juga perkataan atau method kajian dan lain-lain selain dari mengambil IDEA yang relevan dengan apa yang cuba dijelaskan kepada pembaca saya. Saya TIDAK TAKUT pun asalkan ada citation.  Dengan adanya keberanian ini, anda akan menulis dengan lebih lancar tanpa takut-takut dan ragu-ragu, asalkan anda membaca sumber rujukan tersebut dan mengambil idea atau fakta yang relevan sahaja. Saya ulangi lagi, IDEA atau FAKTA YANG RELEVAN sahaja!

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL