no comments

Kenali Persediaan Literatur Menggunakan Internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Salam jumaat yang indah ini. Harap anda semua berada dalam kedaan baik dan sihat-sihats selalu.

Research tidaklah  indah seperti yang disangka. Akan tetapi ianya boleh dijadikan indah apabila segala teknik dan strategi di susun sebaiknya.  Akhirnya ia menjadi lebih mudah.

Antara bahagian paling mencabar dalam menjalankan research ialah membuat literature review (sorotan literatur).

Dari literature review akan lahir proposal yang bagus dan survival untuk dijadikan projek Master atau Phd.

Membuat literature review ibarat berenang di lautan yang luas. Lebih teruk lagi apabila tiada kelengkapan untuk berenang dan juga tiada ilmu untuk berenang. Segalanya tidak diperolehi dari “innate ability”. Ianya perlu dipelajari dan dipraktikkan barulah akan berhasil. Secara ikhlasnya, saya masih terkial-kial dalam menjalankan literature review dan masih lemas dalam lautan artikel-artikel yang di cari.

 

Tidak perlu  saya nyatakan definisi literature review, tapi cukuplah bagi mereka yang terlibat dengan research akan faham bahawa literature review ini berkaitan dengan : pembacaan artikel-artikel yang tidak berkesudahan, pencarian gap research (lompong-lompong) yang tidak dijumpai, timbunan artikel yang di print dan di download akhirnya tidak dibaca. Situasi-situasi sebegini adalah normal bagi researcher seperti saya yang tidak pandai dan boleh di kategorikan dalam level beginner lagi dalam dunia research.

 

Saya ingin kongsikan persediaan literatur menggunakan internet

Untuk membuat literatur yang berkesan menggunakan Internet, langkah-langkah berikut perlulah diambil:

  1. Tuliskan matlamat atau pernyataan fokus anda.
  2. Kenalpastikan bidang-bidang dalam kajian anda yang boleh dibuat melalui bantuan internet dan bidang-bidang yang lebih sesuai dilaksanakan secara tradisional di perpustakaan.
  3. Sediakan pelan tindakan anda. Pilih alat internet yang akan anda gunakan. Adakah anda akan menggunakan World WideWeb, Gopher, Archie, Veronica, Jugheadatau WAIS?
  4. Sediakan satu garis panduan tentang apa yang anda sudah tahu, apa yang anda ingin tahu dan apa yang baik sekiranya anda tahu.
  5. Kenalpastikan produk akhir yang anda ingini daripada pencarian maklumat tersebut.

    Langkah diatas berfokuskan kepada 5 langkah utama yang perlu diambil kira memastikan tinjauan literatur menggunakan internet yang berkesan. Langkah pertama iaitu menetapkan matlamat atau pernyataan fokus adalah amat penting bagi memastikan pengkaji akan melaksanakan kajian yang betul mengikut perancangan. Langkah kedua iaitu mengenalpasti bidang-bidang kajian yang sesuai dilaksanakan melalui internet atau secara tradisional. Dalam konteks ini, terdapat beberapa bidang kajian yang sesuai dilakukan melalui kaedah tradisional seperti menggunakan buku dan kamus. Hal ini mungkin bersesuaian dengan kajian yang melibatkan pengoperasian definisi atau teori-teori asal seperti Teori Behaviorist yang diasaskan oleh B.F. Skinner. Tinjauan literatur menggunakan internet pula mungkin sesuai jika pengkaji ingin melihat penemuan atau perkembangan terkini tentang tajuk yang dikaji.

                Langkah ketiga melibatkan proses penyediaan pelan tindakan. Pelan tindakan disini termasuklah pemilihan alat internet yang akan digunakan samada menggunakanWorld WideWeb, Gopher, Archie, Veronica, Jughead atau WAIS. Ia juga mungkin melibatkan perpustakaan nasional atau laman-laman web tertentu yang bersesuaian dengan kehendak atau matlamat yang ingin dicapai dalam proses mencari maklumat tersebut. Seterusnya, pengkaji mestilah menyediakan satu garis panduan yang jelas tentang apa yang telah diketahui, apa yang ingin diketahui serta apa yang baik sekiranya pengkaji ketahui berkenaan tajuk yang dikaji. Aspek ini amat penting bagi memastikan pengkaji dapat fokus kepada apa yang belum dikaji, dan bukan melakukan perkara sama yang telah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini. Akhir sekali, pengkaji perlulah mengenal pasti produk akhir yang ingin di peroleh di akhir pencarian. Produk akhir di sini merujuk kepada matlamat asal mengapa pengkaji melaksankan tinjauan literatur tersebut.

    SEMOGA IA DAPAT MENBERI SERBA SEDIKIT MANFAAT PADA ANDA SEMUA.
    GOODLUCK AND ALL THE BEST!!

    Sumber: Hairul Faiezi Bin Lokman

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL