no comments

Kenali Langkah-langkah dan Peranan dalam membuat Sorotan Kajian.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuaa.

Mesti anda semua pernah terfikir bagaimana hendak memulakan sorotan kajian?

Mudah sahaja cuba ikut langkah-langkah berikut:

 

 

Persoalan di atas dapat membantu dalam memulakan sorotan literatur

 

 

Terdapat lima (5) kaedah yang boleh digunakan untuk membuat kaedah sorotan literatur (literature review)

  1. a)Membanding dan membeza

 

  1. b)Menganalisis

 

  1. c)Menilai

 

  1. d)Kesimpulan

 

  1. e)Mensintesis

 

  1. a) Membanding dan membeza
  •  Mencari perbezaan dan persamaan dari segi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa
  •  Digunakan apabila:

o    terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan

o    membuat keputusan atau pilihan

  •   Langkah penggunaan:
  1. perhatikan dan berikan tumpuan pada satu atau beberapa ciri kajian tindakan.
    ii.  kenalpasti ciri kajian tindakan tersebut

iii. nyatakan ciri persamaan dan perbezaan

  1. b) Menganalisis
  • Menceraikan maklumat ke bahagian-bahagian lebih kecil dan menghuraikan maksud yang tersirat
  • Digunakan untuk memahami dan mengenal hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip-prinsip yang terlibat
  1. c) Menilai
  •  Mempertimbangkan kebaikan dan kelemahan sesuatu perkara berdasarkan bukti yang sah
  •  Digunakan apabila:

o    ingin memilih sesuatu

o    menerima atau menolak sesuatu idea

  1. d) Kesimpulan
  •   Menyatakan hasil sesuatu kajian berdasarkan pada satu hipotesis dan mengukuhkan
    berdasarkan penyiasatan
  • Digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong kenyataan
  1. e) Mensintesis
  •   Menggabungkan idea-idea, unsur atau item yang berasingan seterusnya menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan esei, lukisan atau artifak

 

 

Sorotan literatur adalah berperanan untuk :

 

  • Menunjukkan apa yang dilakukan dalam suatu bidang itu.
  • Mengenal pasti kelemahan yang boleh diperbaiki.
  • Menyediakan fakta-fakta permulaan bagi kajian baru.
  • Memberikan cadangan untuk merangka tindakan.
  • Memberikan justifikasi kesesuaian topik.
  • Memberikan keyakinan kepada pengkaji bahawa topik itu berbaloi untuk diselidiki dan berpotensi untuk menemui sesuatu yang berguna.

Jangan lupa!!!!

  • Catatkan dengan lengkap nama pengarang, tajuk karangan (atau tajuk buku, nama penerbitan, misalnya, Kajian ekonomi Malaysia, Analisis, Pertanika, Journal of Economics Literature dan lain-lain(atau nama penerbit, bagi buku), tempat dan tarikh penerbitan. Maklumat yang lengkap ini akan menjadi sebahagian daripada bibliografi atau senari rujukan laporan penyelidikan kelak.
  • Catatkan juga halaman bagi sesuatu petikan daripada penerbitan yang diteliti itu. Adalah menjadi amalan biasa bagi suatu penuli ilmiah menyelitkan sesuatu sumber fakta atau kenyataan yang didapati daripada karya tulisan terdahulu dengan lengkap termasuk halaman sesuatu petikan yang telah diambil.

    SEMOGA IA DAPAT MEMBERI SERBA SEDIKIT MANFAAT DAN MEMUDAHKAN ANDA UNTUK MEMBUAT LITERATUR.

    BEST OF LUCK !

    Sumber: group2 PTV

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL