no comments

Kenali beberapa istilah asas dalam pengumpulan data

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

 

” Allah memberikan Hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya ” (Maksud ayat 269, Surah Al-Baqarah).

 

“Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR.Muslim)

 

Salah satu komponen penting dalam penyelidikan ialah proses penyelidik dalam pengumpulan data.Kesilapan yang dibuat dalam proses pengumpulan data akan membuat proses analisis sukar. Di samping itu, keputusan dan kesimpulan yang akan diperoleh akan dikelirukan jika pengumpulan data tidak dilakukan dengan betul.

Setiap kajian mempunyai proses pengumpulan data yang berbeza, bergantung kepada jenis penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik. Pengumpulan data kualitatif pastinya berbeza daripada pengumpulan data kuantitatif. Pengumpulan data statistik juga tidak dapat disamakan dengan pengumpulan data analisis.

 

Pengumpulan data

Terdapat tiga tujuan mengumpual data. Pertama, untuk memerihalkan keaadaan populasi mengikut pemboleh ubah yang sama. Misalnya tempat yang sama, jenis pekerjaan yang sama dan sebagainya. Kedua, menerangkan gelagat populasi dengan memberi sebab dan musabab mengapa terjadi demikian. Ketiga, dapat menambah pangkalan data sesebuah negara bagi tujuan perancangan negara.

 

Terdapat beberapa istilah dan konsep penting yang perlu difahami sebelum kita mempelajari kaedah pengumpulan data. Antaranya:

1. Populasi ialah himpunan semua individu atau objek yang menjadi tumpuan kajian.
contohnya, kajian melibatkan keseluruhan pelajar UUM, kajian yang melibatkan semua guru yang mengajar di            sekolah menengah di daerah Kubang Pasu, Kedah, semua kemalangan jalan raya yang direkodkan di negeri                  Kedah  pada tahun 2013 dan sebagainya.

2. Sampel ialah subset kepada populasi iaitu bahagian tertentu yang dipilih daripada populasi kajian. Contohnya, sebahagian daripada pelajar UUM yang dipilih sebagai sampel, memilih 30% daripada guru yang mengajar di sekolah menengah di dearah Kubang Pasu, Kedah. Kaedah yang digunakan bagi memilih sampel daripada populasi disebut pensampelan. Pengumpulan data sama ada daripada sampel atau populasi dipanggil tinjauan.

3. Rangka pensampelan ialah satu senarai ahli atau unsur (individu, objek dan sebaginya) yang dapat digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan sampel kajian. Misalnya, senarai nama guru yang mengajar di semua sekolah di daerah Kubang Pasu, Kedah; senarai pengguna telefon daripada buku panduan telefon; senarai nama individu yang menerima zakat dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah pada tahun 2013.

4. Banci ialah sesuatu tinjauan yang dilakukan terhadap setiap individu (keseluruhan) dalam populasi.

5. Tinjauan sampel ialah tinjauan yang dilakukan terhadap individu yang dipilih sebagai sampel kajian.

6. Borang soal selidik ialah satu alat untuk mengumpul maklumat atau data yang diberikan oleh setiap responden semasa temu bual dijalankan.

7. Parameter ialah sukatan atau ukuran berangka yang dapat menerangkan ciri sesuatu sampel.

9. Elemen: unsur (sama ada daripada populasi atau sampel) yang menjadi subjek kajian iaitu maklumat tentangnya akan dikutip. Misalnya, individu , firma, negeri dan sebagainya.

10. pemboleh ubah ialah satu ciri yang dikaji dan boleh mengambil nilai yang berlainan bagi elemen yang berbeza.

11. Cerapan ialah nilai yang diperoleh daripada sesuatu pemboleh ubah.

 

SEMOGA IA DAPAT MEMBERI SERBA SEDIKIT MANFAAT UNTUK ANDA SEMUA.

BEST OF LUCK!

 

 

Sumber: Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL