no comments

Keliru Satu-Tailed dan Dua-Tailed dalam SPSS

Seorang pensyarah dari GMI Kajang bertanyakan one-tailed dan two-tailed test bagi ujian-t menggunakan SPSS. Ramai yang keliru kerana SPSS menjadikan two-tailed sebagai default – tentu ada sebabnya.

Cuba fahami penjelasan ini….

One-tailed: hipotesis satu arah apabila kita menguji skor min > atau <

Two-tailed: hipotesis dua arah apabila kita menguji min skor ≠

Jika anda ingin mengetahui samada skor min sampel kurang atau lebih dari skor min populasi (ujian-t satu sampel) maka ujian-t anda adalah one-tailed.

Jika anda ingin mengetahui sekadar perubahan skor min sampel A tidak sama dengan skor min kumpulan B (ujian-t sampel tak bersandar) maka ujian-t anda adalah two-tailed.

Jika anda mengguji aras signifikan, p<0.05, maka bagi two-tailed SPSS akan membaca aras signifikan 0.25 pada setiap hujung graf normal.

Ini bermakna LEBIH SUKAR untuk mencapai signifikan (menolak H null) kerana kawasan kritikal menjadi lebih kecil. Two-tailed adalah default dalam SPSS

Contoh:

Two-tailed (default): Jika anda mendapat nilai signifikan pada output SPSS anda 0.06, nilai ini > 0.05, iaitu tidak terdapat signifikan (dengan pengetahuan bahawa kawasan kritikal menjadi kecil iaitu 0.25)

One-tailed: Jika anda jalankan kajian one-tailed, anda bahagi dua dahulu nilai 0.06 yang terdapat dalam output SPSS menjadi 0.03. Perhatikan nilai 0.03 < 0.05, maka perbezaan adalah signifikan (wpun output SPSS menunjukkan nilai 0.06 tak signifikan bagi two-tailed kerana kawasan kritikal semakin besar bagi one-tailed).

Jika output SPSS menunjukkan nilai sig. (two-tailed) adalah 0.04 maka wujud perbezaan signifikan, sekaligus signifikan jugalah jika kajian anda tersebut telah anda tentukan sebagai one-tailed kerana nilai sig. (one-tailed) menjadi 0.04 / 2 iaitu 0.02 (< nilai 0.05)

Ini menunjukkan betapa two-tailed lebih sukar mendapat signifikan berbanding one-tailed. Sebab itu SPSS jadikan two-tailed sebagai defaultjkerana jika two-tailed signfikan, SURE one –tailed juga signifikan !! Jika two-tailed tak signifikan….. kenalah kira sendiri dengan cara yang dijelaskan di atas.

Sebab itu dikatakan one-tailed has more power (easier to reject H null) than two-tailed.

Sumber : Blogspot Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL