no comments

KEHIDUPAN : Tips sambung belajar ke pascasiswazah

Entry kali ini adalah tips sambung belajar ke peringkat pascasiswazah. Iaitu meneruskan pengajian yang lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama,  khusus untuk mereka yang memilih mod penyelidikan. Harapnya post kali ini dapat membantu  memberi kehidupan yang lebih terurus ketika melanjutkan pengajian yang sekaligus membawa kepada kesihatan mental yang lebih baik. Jika stress berkurangan, secara tidak langsung kecantikan dan kesihatan pun terjaga. Dapatlah kita elak diri daripada penyakit seperti darah tinggi dan serangan jantung. Jadi ikuti tips sambung belajar ke pascasiswazah ini;

A) Bersediakah anda?

Sebelum mendaftarkan pengajian ke peringkat pascasiswazah, fikir dahulu baik buruknya. Jangan terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan. Perkara-perkara yang boleh difikirkan seperti;

1. Objektif hidup

Persoalan pertama yang perlu ditanya pada diri sendiri ialah “Mengapa anda ingin melanjutkan pengajian?” Adakah dengan melanjutkan pengajian, memberi kesan kepada jawatan seperti kenaikkan pangkat atau pun boleh mencari kerja yang lebih baik? Ataupun yang lebih tepat, apa kebaikkan yang anda dapat jika berjaya menamatkan pengajian  di pascasiswazah. Kalau boleh, jangan lah sekadar disebabkan ajakan rakan-rakan. Ataupun susah mendapatkan kerja selepas habis degree.

2. Biasiswa

Kaji terlebih dahulu trend biasiswa di negara kita seperti MyBrain ataupun pembantu penyelidik siswazah (GRA) , adakah ianya senang untuk dapat dan adakah anda menepati kelayakan yang dimahukan. Biasiswa juga penting memandangkan selepas degree ramai yang ingin memegang duit sendiri. At least dapat sedikit elaun untuk menampung kehidupan. Jadi adakah anda masih ingin meneruskan pengajian jika biasiswa adalah limited dan perlu bersaing untuk mendapatkannya?

3. Peluang pekerjaan

Walaupun selalunya orang kata jangan memilih pekerjaan, bagi Dr. Jamu apa salahnya berusaha terlebih dahulu mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan pendidikan. Takkan lah sudah memiliki gelaran Doktor falsafah tetapi memilih kerja sebagai kerani pula?  Fikirkan juga adakah dengan melanjutkan pengajian anda lebih senang mendapatkan pekerjaan yang diingini seperti pensyarah, penyelidik ataupun pegawai kerajaan dan lain-lain yang bersesuaian.

4. Risiko-risiko

Setiap orang mempunyai perjalanan kehidupan yang berbeza, ada yang cepat menghabiskan pengajiannya (graduate on time). Ada yang mempunyai masalah seperti masalah projek, masalah kewangan dan masalah keluarga  sehinggakan mengambil masa yang panjang untuk menghabiskannya. Sambung belajar ke peringkat pascasiswazah (penyelidikan) tidak seperti sambung belajar di degree, kerana ianya bergantung kepada projek yang dipilih. Selagi tidak siap projek anda, selagi itulah anda tidak akan habis belajar.

B) Tips memulakan pengajian 

1. Pilih penyelia yang tepat

Bagi Dr. Jamu, perkara yang paling penting untuk  dipilih ketika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat pascasiswazah (penyelidikan) ialah PEMILIHAN PENYELIATanpa persetujuan @ tandatangan daripada penyelia, anda tidak akan berjaya menghantar tesis walaupun projek anda telah siap. Ini bermakna, anda perlu menjaga hubungan baik dengan penyelia. Siasat dahulu latar belakang penyelia anda, tanya pendapat pelajar-pelajar di bawah seliaanya tentang karakternya. Contohnya adakah penyelia suka menambah kerja @ kajian yang tidak sepatutnya? Ataupun bukan jenis membantu? Ada sesetengah penyelia, bahasanya kasar tetapi sudi membantu apabila pelajar menghadapi masalah. Ada yang banyak geran.  Ada yang mementingkan high impact paper dan sebagainya. Jadi bergantung pada anda untuk menentukan sama ada boleh menjalinkan hubungan baik dengan penyelia yang bakal dipilih.

2. Pilih projek

Jika ingin senang atau cepat menghabiskan pengajian, pilih projek yang sudah dilakukan oleh senior anda, cumanya mungkin berubah sesetengah parameter yang lain. Buat proposal dengan sebaik mungkin, baru lah anda betul fahami apa keburukan dan kebaikkan projek yang anda pilih.

3. Pilih universiti

Selalunya pemilihan universiti berdasarkan faktor jarak daripada rumah, yuran dan syarat kelayakan kemasukan. Dr. Jamu syorkan anda kaji syarat untuk menghabiskan pengajian siswazah anda. Lain universiti, lain syaratnya.  Ianya penting untuk anda, menentukan sama ada mampu atau tidak  untuk memenuhi syarat-syarat yang ditentukan. Pilih juga universiti yang mempunyai banyak geran projek, lengkap dengan facilities projek yang anda ingin lakukan dan sebagainya. Kalau tak lengkap pun, mungkin universiti yang ada tidak jauh daripada universiti anda.

 

C) Tips ketika menyambung pengajian

1. Buat perancangan

Selalunya pelajar akan mengambil mudah untuk merancang gantt chart projek sebaik mungkin. Gantt chart ini penting, untuk menentukan hala projek dan supaya anda tidak leka dengan perkara yang tidak sepatutnya. Tambahan pula ini memudahkan anda untuk booking instrumen analysis dan sebagainya.

2. Kajian perpustakaan

Rajin-rajinkan diri untuk banyak membaca @ mencari informasi tentang projek anda. Ini adalah penting untuk memastikan anda di jalan betul. Kalaulah dari awal projek pun anda sudah salah konsepnya, sukarlah anda untuk menghabiskan pengajian.

3. Aktifkan diri

Selalunya setiap universiti mempunyai pusat pengurusan siswazah yang menawarkan program, bengkel, syarahan umum dan lain-lain. Contohnya tips untuk GOT, cara penulisan tesis dengan cepat, cara menulis rujukan dalam tesis dan sebagainya. Ambil peduli dengan program-program yang dijalankan di universiti anda kerana sedikit sebanyak program-program seperti ini akan membantu anda menghabiskan pengajian dengan lebih cepat dan bersistematik.

4. Bijak berkomunikasi

Bijak berkomunikasi juga penting untuk menghabiskan pengajian anda kerana ianya melibatkan banyak pihak untuk membantu anda. Contohnya, selain penyelia anda juga perlu hidup dengan harmoni dengan senior, rakan-rakan pengajian. Jangan sombong dan buat hal sendiri, nanti anda juga yang rugi. Selalunya orang tidak mahu berkongsi ilmu dengan orang yang sombong, Anda juga perlu menjaga hubungan dengan bahagian admin dan operator alat, supaya ianya memudahkan perjalanan pengajian anda. Biar ramai kawan jangan ramai lawan. Hidup pun lebih gembira jika mempunyai ramai kawan.

Sumber :  Siti Nabilah

Dari : Team MPWS

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL