no comments

Kegagalan dalam memberikan justifikasi dalam sorotan literature.

Kali ini saya akan jelaskan keperluan menulis pernyataan dengan hujah atau justifikasi yang logik. Dalam penulisan sorotan literature khususnya sains sosial, memberi hujah atau justifikasi adalah sangat penting. Ini kerana banyaknya pernyataan dalam sains sosial yang memerlukan hujah atau justifikasi. Tanpa hujah atau justifikasi, pernyataan anda hanya akan berbentuk ANDAIAN.

Terdapat pelajar yang tanpa disedari menulis pernyataan dalam thesis khususnya sorotan literature hanya berdasarkan andaian. Sebagai contoh, pelajar menulis pernyataan berikut dalam thesis:

  1. Wanita adalah golongan yang telah mendominasi profession perguruan di Malaysia.
    2. Pelajar ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran.
    3. Dapatan dari kaedah soal selidik boleh digeneralisasi.

Menulis ayat-ayat di atas akan dianggap sebagai andaian semata-mata jika tidak disertakan dengan fakta, hujah atau justifikasi yang logik. Ini akan menjadikan pernyataan anda tergantung, tidak logik, tidak boleh dipertahankan dan boleh dipersoalkan.

Berbeza dengan ayat yang mempunyai justifikasi. Sebagai contoh,

  1. 95% guru sekolah adalah guru wanita menunjukkan golongan ini mendominasi profession perguruan di Malaysia. – ayat ini jelas dengna hujah dan rasional yang logik
  2. Wanita adalah golongan yang telah mendominasi profession perguruan di Malaysia. – ayat dianggap sebagai andaian semata-mata tanpa hujah dan rasional yang logik.

Oleh itu anda perlu memahami bagaimana untuk menulis ayat dengan hujah dan rasional yang logik. Antara contoh lain yang boleh diberikan:-

Contoh 1:
Ali akan mati – ini cuma andaian sahaja.

Anda perlukan hujah atau justifikasi yang logik seperti berikut. Ali manusia. Semua manusia akan mati. Jadi Ali akan mati.

Dengan hujah di atas, anda sepatutnya menulis:-
Ali akan mati kerana Ali adalah manusia – ayat ini jelas dgn hujah / rasional yang logik.

Contoh 2:
Pelajar ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran – ini andaian sahaja.

Anda perlukan hujah atau justifikasi yang logic seperti berikut. Pelajar ponteng tidak masuk kelas. Pelajar tidak masuk kelas ketinggalan dalam pelajaran. Jadi pelajar ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran.

Dengan hujah di atas, anda sepatutnya menulis:-
Pelajar ponteng tidak masuk kelas maka mereka akan ketinggalan dalam pelajaran – ayat ini jelas dgn hujah / rasional yang logik.

Contoh 3:
Guru yang berijazah diperlukan bagi meningkatkan tahap pendidikan pelajar lelaki dan perempuan bermula dari peringkat sekolah rendah. Bagi mencapai usaha ini, bilangan guru lelaki dan wanita yang seimbang adalah diperlukan. Malangnya, profession perguruan di Malaysia telah didominasi oleh guru wanita.

Ayat ini boleh diperbaiki dengan menambah hujah atau rasional yang logik.

Guru yang berijazah diperlukan bagi meningkatkan tahap pendidikan pelajar lelaki dan perempuan bermula dari peringkat sekolah rendah. Bagi mencapai usaha ini, bilangan guru lelaki dan wanita yang seimbang adalah diperlukan. Malangnya, profession perguruan telah didominasi oleh golongan wanita yang mewakili 95% bilangan keseluruhan guru di Malaysia.

Disini jelas menunjukkan perbezaan ayat antara ayat andaian dan ayat yang mempunyai hujah dan justifikasi.

Sumber: Dr Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL